Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Monday, May 23, 2011

Dimana Anda Menyimpan Rekod Sesi

24 Mei 2011.Seorang kawan menghubungi saya, katanya Nazir turun ke sekolahnya gara-gara ada satu kes antara murid dan guru. Ringkas cerita, Nazir itu mahu melihat sistem perisian rekod bimbingan dan kaunseling, katanya lagi sekolah lain ada benda tu.
Tidak ada yang terlintas dalam fikiran saya, "perisian" tersebut kecuali Sistem Pengurusan Kaunseling atau SPK yang telah dibangun oleh sahabat saya Cikgu Iznan dari Kuantan.
Sebenarnya, belum pernah ada surat rasmi dari mana-mana pihak yang berautoriti untuk mengarahkan guru bimbingan membelinya, namun jika ada, memanglah perisian itu dapat membantu kerja menjadi lebih efektif. Kerana data sesi yang diperlukan dengan segera dapat ditemui.
Cuma masalahnya, kalau lah komputer cikgu tu masuk virus, tak boleh buka, dan tak sempat print pun selama ini, ha...itulah kendalanya. Satu lagi, apabila kita ingin membeli itu dan ini, pihak kerani selalunya akan bertanya, ada surat tak? Ya kan. Walaupun benda itu dibawah paras harga petty cash.
So, inilah yang membuat majoriti orang membuat keputusan sendiri, dari banyak masalah itu dan ini, tak usahlah saya beli, kendati pun benda itu membantu perkhidmatan kita.
So, saya nak share, inilah selama ini yang telah saya gunaka setelah beberapa sistem saya try and error. Sistem SPK saya dah cuba, cuma masalah hari itu tidak ada printer, nak cetak serta merta tak boleh, simpan punya simpan, akhirnya data itu hilang. Ha...kan dah kata... kan jadi pening kita jugak.
Sistem kedua saya cuba, tulis rekod murid dalam 1 fail khusus atas nama klien, masukkan dalam satu rak yang besar..hmmm....bila nak cari...entah dimana-mana dah, murid itupun dah pindah kelas lain. Dari darjah 3 ke darjah 4.
Akhirnya, saya buat sistem 1 dalam semua. Buku dibawah inilah, saya simpan rekod sesi kaunseling. Biarpun tak secanggih orang lain, tapi memudahkan kerja saya, apalagi boss saya tak pernah komplen.
...........................Dibawah ini contoh sesi bimbingan kelompok.............................
Dan ini.................sensitif.....contoh rekod kaunseling individu....
Bila-bila masa, saya perlukan, semuanya ada dalam buku ini. Dulunya saya jarang hantar pada boss, sebab rekod ni sifatnya rahsia kan, namun setelah sekian lama, boss saya minta hantar untuk semakan beliau. Bagus juga, sebab kerja kita semakin meng"arah". Setelah sekian lama tidak di incar.