Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Sunday, May 08, 2011

Semangat Kerja Berpasukan "Teamwork"

Ih dinash shiratal mustaqim… Dalam setiap rakaat sholat, kita membaca ayat ini, Ihdinassiraatal Mustaqim... (Tunjukkilah akan kami jalan yang lurus). Indahnya.... kita meminta kepada Dia, atas nama "kami", dan bukan atas nama "saya" sebagaimana ayat ini, "tunjukkilah saya jalan yang lurus".
Jika ayat ini di aplikasi dalam kehidupan berkeluarga, cukup indah... jika ayat ini di aplikasi dalam sebuah institusi pendidikan, oh..sungguh-sungguh indah! Kita bekerja sebagai satu team, menuju satu matlamat, majikan sebagai pengemudi stereng kapal, guru-guru sebagai kelasi kapal dan murid sebagai anak kapalnya. Jalannya air menurut GARMIN syariat.... destinasinya "pulau impian". Pulau Bahagia sesudah MATI.
Ke mana kita mahu bawa mereka semua? Ya..kapal ini akan membawa penumpangnya menuju jalan bahagia ke kampung akhirat. Laluannya laluan bahagia, lorongnya lorong bahagia, jalan bahagia, highway bahagia didunia.
Jika laluannya bahagia, destinasinya bahagia, kapalnya bagus, penumpangnya satu hati, insya Allah pelayaran ini akan sampai destinasinya.
Destinasi AGUNG ialah selamat di akhirat. Selamat dari rendaman api NERAKA yang bergejolak hingga ke hati manusia. Segala yang kecil-kecil di dunia, adalah "khopeh" nya. Menjadi kecil dan gampang, kerana ianya bukan matlamat paling BESAR. Ianya hanya satu matlamat kecil didalam matlamat BESAR.
Sebelum sesebuah kapal itu bertolak, semua kelasi dan kapten kapal telah bermesyuarat, ke mana arah destinasi kali ini. (Dan bermesyuarah lah kamu) Firman Nya dalam Surah Syura. Jika hendak di adakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) sebagai sampel, alangkah bagusnya jika di mesyuawarah dahulu, apa yang mahu kita sama-sama buat, ini pedomannya, ini garisannya, ini arahannya, ini pekelilingnya, siapa nak bagi pendapat, siapa sokong, siapa bangkang, kenapa bangkang, berapa peratus yang tak setuju, akhirnya keputusan musyawarah adalah yang terbaik. Yang minoriti harus akur pada majoriti. Kan begitu?
Sabda Nabi , "Bermesyuarat akan kamu, kerana orang yang bermesyuarat tidak akan menyesal" siapa tak percaya pada hadis nabi? Percaya kan kata-kata kekasih Allah, masakan beliau menipu. Inilah satu strategi yang ada dalam Islam, yang datang dari ALLAH Taala. Satu teknologi yang sangat ampuh.
Tuan-tuan, jika ada seorang meminta pada Nabi supaya berdoa, ketika Nabi sujud untuk meminta, Tuhan langsung menyuruhnya angkatlah kepalamu, kerana permintaanmu telah Ku kabulkan.
Tengoklah, begitu sayangnya Tuhan pada Nabi kita. Masak beliau itu membawa sesuatu yang batil, yang merosak dan mencaca marba segalanya.
Sekolah, adalah sebuah institusi yang kecil, tidaklah terlalu repot untuk disatukan hati dan matlamat penghuninya,jika menggunakan ISLAM sebagai cara.(Sejak dari awal) Nilai yang baik dalam ISLAM seperti ikhlas, sabar, senyum, kasih-sayang, pujian, bincang dan sebagainya di pergunakan sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan. Cuba tunjukkan satu institusi yang GAGAL melayari bahteranya setelah menggunakan, ISLAM sebagai metode.
Adalah yang sering terjadi, kekecohan, kegagalan, adalah berpunca dari meninggal AGAMA sebagai PAKSI dalam kehidupan. Bukankah dalam Doa Iftitah di awal Sholat, kita telah sama-sama baca..."Inna sholaati ... wa nusuki, wa ma yah ya...wa mamati..lillahi rabbil 'alamin".Sesunguhnya sembahyangku, kerja buatku, hidupku, dan matiku adalah untuk Allah Rabbil 'Alamin"? Apakah anda tidak baca? Ya...anda baca...
Justeru mari kita perkuat sekali lagi, satu TITIK dalam minda kita, bahawa kerjaku yang paling besar ialah mendidik murid supaya mereka menjadi manusia yang berguna didunia, selamat dari menjadi bahan BAKARAN api neraka di akhirat kelak.Metode pelaksanaannya ialah ISLAM, mauduknya ialah SYARIAT. Addienun Nasihah... Agama itu (sebagai) penasihat.
Wahai...mereka yang telah tergelincir dari landasan, kembalilah kepada fitrah, kembalilah kepada AGAMA, masih belum terlewat untuk menyelamatkan dirimu dari tergelincir semasa meniti titian SIRAT di yaumil mahsyar kelak.
Inna Hazihi Tazkirah...Sesungguhnya Ini adalah satu takzirah... Tambighul Ghafilin, peringatan bagi yang alpa. lalai seketika.Awas... teruskan memandu kapten!