Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, July 09, 2011

BERSIH : Apa Kaitannya Dengan Jiwa?

"Qod Aflaha man tazakka, wa qod khoo ba man dassaahaa". Sesungguhnya berjaya lah orang-orang yang membersihkan dirinya, dan rugilah orang yang membiarkan dirinya kotor".
Persoalan BERSIH, ternyata ada disebut dalam Qur'an, apalagi jika diperhatikana ayat ini "Yau ma laa yan fa u maalun wa la banuun, illa man atal laha biqalbin salim, " Hari Akhirat itu adalah hari yang TIADA GUNA lagi segala harta benda dan anak-anak, kecuali orang yang MENGHADAP ALLAH dalam keadaan hatinya SALIM. Yakni Selamat.
Ulamak tafsir menghuraikan didalam kitab Tafsir Jalalain, makna JIWA yang SELAMAT ialah jiwa sudah mendapat keampunan atas dosa-dosanya.
Adapun, BERSIH yang ingin dibawa oleh sekelompok manusia di Malaysia, adalah bertujuan menuntut, pilihanraya yang bersih dan ADIL, dikeranakan mereka telah berdepan dengan beberapa pengalaman selama ini, kononnya wujud ketidakadilan. Sebagai contoh, nama orang yang sudah meninggal, tetapi masih ada dalam daftar, malah boleh datang mengundi, sebuah rumah, didiami oleh puluhan nama-nama, sampai 66 nama. seorang, boleh mengundi 2 lokasi yang berbeza. Inilah contoh-contoh mudah yang masih belum berjaya ditangani.
Artikel ini, tidak ingin menghuraikan panjang persoalan BERSIH yang itu, anda boleh dapatkan maklumat dalam internet yang bersepah wujudnya, boleh mentelaah sendiri. Buat kesimpulan sendiri.
Persoalan bersih, memang menjadi kesukaan manusia yang normal, bersih jiwa, bersih tutur kata dan perbuatan.
Menurut agama, apa yang terlahir diluar adalah merupakan menifestasi apa yang ada didalamnya. Yang diluar adalah tingkah-laku, tutur kata, dan sebagainya, sementara yang didalam adalah hati yang laksana raja.
Said Hawwa didalam kitabnya, "Tazkiyatun Nafs". Secara panjang lebar menghuraikan betapa pentingnya seseorang mukmin mensucikan jiwanya, ini kerana katanya, jiwa (ruh) seseorang manusia yang akan mengembara ke alam barzakh menemui tuhannya. Bukan jasad, bukan tubuh badan. Kerana badan akan hancur dimakan ulat didalam tanah nan sempit.
Ketika seseorang meninggal dibawa ke hadapan untuk disolatkan, seseorang akan berkata, "tolong bawa mayat itu ke depan". yang dipanggil adalah MAYAT, bukan Dato Sri, atau Panglima, Guru Besar dan sebagainya, persoalannya, dimana Dato Sri, Guru Besar dan Panglima tadi? Jika selama ini dia di agung-agungkan, segala tuturnya, menjadi pekeliling yang mesti dipatuhi, akan tetapi hari ini, ketika jasadnya kaku tak bergerak, dimana dia? Dimana DIA??
Inilah hal yang dilupakan sebahagian orang. Yang berfikir hidup ini hanya disini sahaja, apa mahu jadi bila aku mati besok, itu lain cerita. Terserah anda jika mahu berfikir seperti itu, kerana kebebasan berfikir di alam yang luas ini tiada sekatan.
Namun sesekali cuba renung, siapa kita sebenarnya di dunia yang luas ini, cuba lah sesekali berada di tepi pantai, lihatlahlautan yang luas dan maha dalam, bandingkan dengan kekerdilan kita dibanding dengan lautan itu. Sanggupkah anda duduk dalam lautan api nanti, jikalah luasnya lautan api itu sama dengan lautan di depan mata anda?
Lalu berfikirlah lagi, untuk apa anda didatangkan ke dunia ini, dan berapa lama lagi anda harus berada disini, kemudian dari itu, kemana anda akan dibawa?
Segala harta dan anak-anak yang telah anda perolehi didunia ini, semuanya tidak boleh membantu anda lagi saat itu. Hanya amalan anda yang boleh membantu anda.
Ya... Amalan.... amalan yang disertai dengan ilmu. Apabila anda baca Qur'an dalam solat, anda tahu apa maknanya, bererti anda baca dengan ilmu. tetapi jika anda hanya baca Fatihah, tetapi kosong dari makna, maaf, anda dan radio sama sahaja.
Ada manusia yang tidak mempedulikan ini semua, yang penting dia kaya, hidup terhormat, dijulang dan di sanjung.
Terserah dia, itulah nikmat sementara di muka bumi. Padahal yang ada di akhirat itu, jauh jauh jauh lebih hebat, canggih, berkualiti, indah, kekal abadi ia selama-lamanya. Tidak busuk dan berkulat, tidak basi dan berkarat. Tidak pudar dan layu. Untuk siapa? Untuk manusia dan jin yang sanggup BERPERANG dengan kehendak dirinya yang MENYIMPANG dari kehendak Allah Taala.
Ketika tuhan menyuruh hambaNya menutup aurat, dia memakai seluar pendek hingga menampakkan lutut, itu menyimpang namanya, ketika masuk waktu Maghrib, tetapi dia lepak diwarung kopi sampai Isya...itu menyimpang namanya. Ketika tuhan suruh takut padaNya, akur perintahnya, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai tuhan.Itu menyimpang namanya.
Ingatlah... kita tidak sudah disini, perjalanan, dan pengembaraan kita masih jauh, ada 2 alam di hadapan kita, pertama alam barzakh dan kedua alam akhirat. apa yang perolehi disini, semuanya bagaikan fatamorgana, pangkat GURU BESAR, Pengetua, Pengarah dan semuanya akan ditinggalkan.Sijil-sijil yang kita dapat semasa konvokesyen, tak satu pun disumbat dalam kubur kita nanti.Ya kan. Apalagi APC, Anugerah itu ini, pangkat itu ini, itu semua tak lebih dari PERHIASAN semata.
Yang dibawa ke alam kubur adalah keSOMBONGan dirimu, yang disusuli dengan ego dan harga diri yang tak seberapa. Yang dibawa adalah JAHIL. Kasihan kalau kita tergolong dalam golongan ini bukan?