Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Friday, July 01, 2011

Teknik Kaunseling Kelompok Berfokus

Saya sedang mengaplikasi teknik kaunseling kelompok berfokus kepada murid-murid yang mampu diharap untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.
Walaupun "Bimbingan" lebih mendominasi di sekolah rendah, namun teknik "Kaunseling" tidak ditinggalkan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi, apabila klien adalah dari murid tahap 2, khususnya tahun 5 dan 6. Kerana, ditahun 6, murid sudah pun agak matang.
Impak Sesi
Setelah mengadakan teknik ini, murid semakin dekat dengan saya, sering ke bilik kaunseling dan sering bertanya, bilakah lagi sesi itu nak diteruskan.
Pemilihan Klien
Klien dipilih berdasarkan kesamaan jantina, jika lelaki, lelaki semua, jika perempuan, maka perempuanlah semua. Tujuannya adalah untuk memudahkan sesi komunikasi. Kalau boleh jumlah klien tak melebihi 10 orang.
Objektif Sesi dijalankan
Sesi ini sangat berguna untuk memperbaiki mutu prestasi akademik murid dan sikap mereka. Kerana mutu akademik sangat berkait rapat dengan sikap. Dengan kata lain, untuk memodifikasi sikap murid, baik terhadap pelajaran, sikapnya dengan guru dan dengan keluarga di rumah. Ianya merangkumi semua aspek kehidupan, lokasi dan masa. Jimat masa, sekali sesi, banyak perkara dapat disentuh.
Corak Perjalanan Sesi
Klien mengambil tempat, duduk bersila secara bulatan, atau pun di atas kerusi. Kaunselor menerangkan, tujuan sesi kaunseling kelompok hari ini adalah untuk membantu ahli didalam sesi ini. Ahli yang akan dibantu adalah terdiri murid yang menghadapi terlalu banyak "masalah". Baik masalah tingkah-laku mahupun akademik.
Kaunselor meminta setiap ahli menyarankan, siapakah orang yang kamu pilih untuk dijadikan sasaran hari ini, dan siapkan alasan kamu. Kalau kamu pilih Si Mat, nyatakan apalah alasan kamu memilihnya.
Setiap orang menyatakan siapakah orang yang paling layak dipilih bagi sesi kali ini. Kaunselor memutuskan, siapakah yang paling banyak mendapat "undian" untuk dipilih.
Contoh :Saya memilih di Si Mat, kerana dia banyak main dalam kelas, lagi pun keputusan peperiksaan dia baru-baru ini teruk cikgu.
Klien yang dipilih, diminta bersedia, kaunselor menyatakan tujuannya adalah untuk membantu masalah yang dihadapi. Kamu jangan tutup diri kamu, kamu mesti buka diri kamu, kerana kawan-kawan ini semua, akan membantu kamu. Jika kamu tutup diri, sesi ini sia-sia.
Klien yang dijadikan sasaran telah pun bersetuju, dengan lapang dada kamu kena terima apa yang akan kawan-kawan kamu sebut dan bangkitkan, sebab mereka kenal siapa kamu sebenarnya. Dari darjah satu hingga sekarang kamu berkawan dengannya, semuanya mereka hampir tahu akan hal kamu.
Ahli paling kanan, atau dipilih secara rawak akan bercakap. Mat, aku tengok engkau ni, asyik merudum sahaja sejak akhir-akhir ini. Apa masalah kamu sebenar hah? Dulu aku tengok kamu bukan macam ni, dalam kelas pun tak duduk diam. Asyik berjalan dan ganggu rakan yang lain.
(Klien Objek Sasaran (KOS) tidak dibenarkan menjawab kritikan kawan, hanya menerima sahaja kritikan kawan-kawan ini) KOS akan di kritik sehabis-habisnya sehingga mukanya berubah.
Emosinya dimainkan. Perasaannya dikaitkan, dengan ibu bapa, adik-beradik dan orang sekelilingnya.
Ahli kedua menyambung, Mat, aku bukan nya baik sangat pun, aku macam kamu juga, namun aku sangat kasihan melihat markah kamu baru-baru ini dapat 2C dalam ujian UPSR, kamu tak kesian ke pada mak ayah kamu? Kamu bukanlah tak pandai pun, aku tahu siapa kamu, ini mesti kamu adalah masalah, apa masalah kamu sebenarnya ?
Klien ketiga menyambung, satu lagi Mat, betul cakap kawan-kawan tadi, engkau pun satu, kalau main facebook, sampai lewat malam, mak ayah engkau tak marah ke? Aku pun main facebook jugak. Tapi tak lah sampai 2C macam kamu.
Ketika ini KOS sudahpun semakin ranap perasaannya. Segala perbuatannya selama ini dibongkar oleh rakan-rakan sendiri didepan kaunselor. Matanya mula berkaca-kaca. Kebenaran tak dapat di tutup lagi.
Setelah habis semua ahli bercakap dan membantai klien tadi. Kaunselor mengambil alih. Mat.... cikgu dah dengar tadi, apa yang telah kawan-kawan sebutkan. Hari ini, cikgu nak kamu berterus terang, apa masalah kamu sebenarnya, cuba jawab semua masalah yang rakan-rakan sebutkan tadi, kamu mesti buka diri kamu, jangan tutup-tutup, kalau kamu tutup, kami susah nak bantu kamu.
Klien KOS mula bercakap, membenarkan apa yang sahabatnya sebut tadi. Kemudian dia mula menyebut masalahnya di rumah dengan adik-beradik, dengan ibu, ayah dan dengan kawan-kawan yang dia tak suka. Terbongkar lah sudah kini,apa sebab dia merudum dalam pelajaran. Akibat sering bergaduh dengan adik, berebut tempat belajar, dibuli abang, tak cukup masa dan tension sangat.
Mengangkat Semula Setelah Down
Habis semua masalah dia sebut. Kaunselor mengembalikan semula pada ahli sesi untuk menasiha KOS. Seorang demi seorang memberi nasihat. Kaunselor bertanya, apa perasaan KOS dan apakah dia boleh menerima nasihat kawannya. KOS ternyata berjanji akan ubah sikap. Tidak berjalan dalam kelas lagi semasa guru mengajar. Akan bertanya jika tak faham. selama ini dia hanya mendiamkan diri sahaja.
Akhirnya, sesi ditutup dengan nyanyian lagu "Teman Sejati". Semua ahli berdiri dan berpegangan bahu, akhirnya.... semua bersalaman sambil memeluk sahabatnya.
Kepada ahli lain saya bertanya, apa pandangan kamu tentang sesi tadi? Bagus cikgu katanya. Apa sebab? Saya pun dapat rasakan kesalahan itu ada pada diri saya. Sesi akan datang mungkin saya pula yang kena.
Demikianlah yang telah saya buat. Dan akan teruskan. Ahli-ahli nya saya akan ganti dengan ahli baru, supaya yang ahli lama yang sudah faham perjalanan sesi ini, dapat memainkan peranan dengan baik.
Anda ada pendapat untuk artikel ini?