Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Sunday, December 30, 2012

Hari Pertama 2013

31 Disember 2012.ISNIN.Walaupun hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2012.Namun hari inilah hari pertama dan permulaan persekolahan bagi sesi 2013. Anak-anak tahun satu akan ke sekolah hari ini bagi menduduki Ujian Literasi yang mana ujian ini akan mengasingkan anak-anak ke kelompok yang paling relevan dengan dirinya.

Guru-guru mula sibuk sejak seminggu lepas dengan persiapan bahan dan peralatan yang akan di gunakan hari ini.Guru yang menjaga PA System pun  sudah semestinya membuat semakan ulang, apakah alat tersebut dapat berfungsi pada hari ini. Selain itu, wayar-wayar yang bersangkutan juga perlu diangkut untuk dipasang di lokasi strategik.
Friday, December 28, 2012

Kongsi-kongsi dari CguJinggo

Kadang ketidakmahuan dan ketahuan
Mengenai bezanya lelaki – perempuan kita saling

MENYALAH.

Perempuan mahukan perhatian – lelaki mahukan kepercayaan
Perempuan mahukan pemahaman – lelaki mahukan penerimaan
Perempuan mahukan dihormati – lelaki mahu dihargai
Perempuan mahukan belaian – lelaki mahu dikagumi
Perempuan perlu merasakan perasaan mereka betul
Lelaki perlu merasa tindakan mereka betul
Perempuan perlu diyakinkan dan lelaki perlu digalak........


Orang yg berjaya mempunyai kebiasan membuat perkara2 yg tidak digemari yg dilakukan oleh org yg tidak berjaya......

Sekiranya disiplin kunci utama kejayaan - tiada disiplin diri pula adalah ibu kunci kegagalan

Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI, darimana kita belajar IKHLAS
Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD, darimana kita belajar SABAR
Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN, bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR.

Seorang yang dekat dengan Tuhan, bukan bererti tidak ada air mata
Seorang yang taat pada Tuhan, bukan bererti tidak ada kekurangan
Seorang yang tekun berdoa, bukan bererti tidak ada masa sulit
Biarlah Tuhan yang berdaulat sepenuhnya atas hidup kita, kerana Dia tahu yang tepat untuk memberikan yang terbaik.

Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN
Ketika usahamu dinilai tidak penting, maka saat itu kamu sedang belajar KEIKHLASAN
Ketika hatimu terluka sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar tentang MEMAAFKAN

Ketika kamu lelah dan kecewa, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN
Ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETANGGUHAN
Ketika kamu harus membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMURAHAN HATI.

Tetap semangat….
Tetap sabar….
Tetap tersenyum…..
Karena kamu sedang menimba ilmu di UNIVERSITAS KEHIDUPAN

TUHAN menaruhmu di “tempatmu” yang sekarang, bukan kerana “KEBETULAN”
Orang yang HEBAT tidak dihasilkan melalui kemudahan, kesenangan, dan kenyamanan
MEREKA di bentuk melalui KESUKARAN, TANTANGAN & AIR MATA.
Thursday, December 27, 2012

Sebak melihat wajah Ulamak


KOTA BHARU: Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.

Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya  apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.

“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.

Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.

“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.

Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.

Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.

“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.

Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.

“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.

Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.

Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini.
Friday, December 21, 2012

Memanjat di dedaunan kering


Subhanallah. Maha Suci Allah. Mimpi merupakan satu anugerah Ilahi yang sangat penting. Pentingnya mimpi bagaikan satu wahyu. Kadang-kadang boleh mengubah hidup seorang manusia menjadi lebih baik, lebih bertaqwa, walau kadang-kadang ada yang menjadikan mimpi titik  alasan untuk dia jatuh semula.Mimpi disebut Rasulullah sebagai mukjizat Nabi yang ke 40.

Saya mendengar seorang perempuan (yang saya tidak kenal) menceritakan kepada abang ipar saya dalam mimpi tadi, bahawa apabila dia berzikir menyebut nama Allah Allah Allah, lalu tak semena-mena keluarlah semacam satu objek dari mulutnya, saya menganggap objek itu sebagai jin yang berbentuk setongkol batu. Lalu saya mencelah, itulah (kamu)… entah ilmu apa yang kamu amal selama ini. Ilmu dan amalan dia itu (yang selama ini bersarang dalam dirinya) telah keluar melalui dzikir itu.

Update

Saya bertanya demikian kerana teringat pada kisah arwah Pak Jamal di Aceh dahulu. Saya bertemu Pak Jamal sekitar tahun 2001. Beliau menerima wirid dari Bapak Amir dari Banten, ketika disampaikan ijazah menyebut Lafaz Kalimah Allah, dia tidak berjaya menyebutnya dengan betul.Berkali-kali cuba di ajarkan bagaimana menyebut kalimah Allah. Akhirnya seperti seekor harimau mahu keluar dari dalam tubuhnya ketika dia mencuba menyebut nama Allah. Sambil menangis... matanya yang selama ini keras lembut jua dengan kalimah Allah.

Besoknya beliau bercerita kepada saya, katanya 

"Pak Sam, dahulu saya mengamalkan satu ilmu, ilmu ini tujuannya supaya berani. Maklum di Aceh orang berperang sana-sini. Malam-malam mana ada orang berani keluar rumah.Pantang larang dalam ilmu ini ialah tidak boleh mandi dan tak boleh solat. Bayangkan berapa lama saya tidak solat?So, Ilmunya selama ini itulah yang membuat dia menjadi susah untuk menyebut nama Allah, walaupun pada kita tidaklah payah.

Rupanya keadaan yang saya tinggal adalah keadaan huru hara hari kiamat. Orang ramai pun saya sudah tidak tahu di mana lagi kedudukan mereka. Apakah masih hidup atau sudah meninggal. Saya berusaha untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang saya melihat dan berusaha mengelak dari ditimpa berpuluh-puluh pohon kelapa yang tumbang serentak. Bayangkan dengan bunyi yang kuat, 30 batang kepala tumbang ke satu arah secara serentak. Saya lihat bunyi pohon itu mahu tumbang ke arah saya, saya cuba ikhtiar lari darinya. Mujur hujung dahan rantingnya tidak mengenai saya. Lalu saya berjalan lagi, di jalan hadapan saya jalan sudahpun mati akibat pohon-pohon yang tumbang.

Sekeliling saya adalah pohon-pohonan yang kering dan sudah mati. Saya lihat atas saya ada orang yang masih selamat, dia lah yang bantu pegang tangan saya untuk naik ke atas, saya memanjat atas daun-daun yang kering dengan kaki dan perasaan yang letih.

Sampai dirumah saya, ramai budak-budak remaja perempuan sedang berlindung. Saya pun tidak tahu siapa mereka. Yang saya tahu hanya rumah saya yang masih selamat. Anak-anak saya pun entah dimana. Suasana kelam kabut diluar. Dan masih ada lagi sekumpulan manusia yang sedang berbincang untuk datang ke rumah saya lagi untuk berlindung.

Saya kemudian berbaring, saya capai sebuah telefon untuk menghubungi seorang sahabat saya, ingin memberitahu bahawasanya kita sekarang sedang berada didalam suasana kiamat. Saya lihat telefon itu tidak lagi bercahaya, cahayanya malap dan memang tidak boleh digunakan lagi. Sementara arus elektrik semuanya sudah terpadam.

Kemudian saya terjaga dari tidur sambil mengucapkan astaghfirullahal adzim.Teringat saya pada awal surah Al-Haj, maknanya, 

Wahai manusia, bertaqwalah engkau kepada tuhanmu, sesungguhnya goncangan hari kiamat itu sangat dahsyar, Pada hari kamu itu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan (AlHaj Ayat 1-2).

22 Disember 2012.
Monday, December 17, 2012

Persediaan Awal 2013

Syukur dengan IzinNya hingga saat ini kita masih berada dibumi ini,
sedang sahabat kita ada sebahagian sudah pergi,
2013 akan menjelang tidak lama lagi,
harap-haraplah kita dipanjang umur sekali lagi.

Perjalanan hidup memang masih panjang,
bukan dunia sahaja, tetapi akhirat yang mendatang,
kita kan lalui setiap saat detik tanpa hilang,
lalu saja, hingga takdir menetapkan kita demikian.

Semoga 2013 lebih baik dari sebelumnya,
Ilmu dan Amal selalu ditingkat hendaknya,
Diri perlu merasa tak lama lagi kita akan bertemuNya,
bertemu dalam kasih sayang dan redha Nya.

Sunday, December 16, 2012

JANGAN LUPA UCAP SYUKUR.

Sebelum naik masjid, ada orang berdoa, "Ya Allah Ya Tuhanku, tolong jaga selipar hambaMu ini supaya tidak dicuri orang". Kemudian dia pun naiklah ke masjid untuk solat.

Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, dia juga berdoa "Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah perjalanan kami ini hingga kami sampai ke destinasi".

Allah pun selamatkan mereka semua dan memelihara akan diri mereka. 

NAMUN, setelah mereka sampai ke tujuan dan menemui semula selipar tadi, tidak pula dia mengucapkan TERIMA KASIH YA ALLAH kerena telah menjaga selipar saya tadi atau TERIMA KASIH YA ALLAH kerena MENYELAMATKAN PERJALANAN KAMI hingga TIBA ke Destinasi. 

Jangan Lupa Allah.
Wednesday, December 12, 2012

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN

... ~~~
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,

 “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

 Seorang lelaki bertanya,

“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

 Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim) Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” 

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Tuesday, December 11, 2012

Mati Hidup Semula

".. "

Firman Allah Taala :

Wahai manusia,seandainya kamu tidak suka/patuh kepada peraturanKu di muka bumi Ku ini, maka engkau carilah bumi yang lain untukmu” Hadis Qudsi

Berapa ramai manusia yang tidak pernah menyangka bahawa dirinya akan mengalami kemalangan yang ngeri dsan sangat dahsyat, dan kemudian tanpa disangkanya juga, dengan kemurahan dan kasih sayang Allah Taala dia disembuhkan dari kesakitan itu seperti sediakala, sehingga dia merasakan dan menjaja ke serata pelosok alam, bahawa dia bagaikan manusia yang mati hidup semula. Waktu itu dia dapat rasakan dia bagaikan manusia pilihan Allah Taala.

Namun sayang serjuta kali sayang,tidak juga disangka, dia tidak mempergunakan nikmat umur yang ada itu,Allah Taala telah memberinya semula nyawa baru, untuk dia beribadah kepada Allah. Disangkanya usia dia masih panjang. Lalu dia mencari dan mengumpul harta kekayaan, untuk hidup yang sementara sahaja di dunia yang fana ini. Sedangkan dia membelakang perintah bertaqwa.

FirmanNYa dalam surah Thaha ayat 124 :

Dan berangsiapa berpaling  dari peringatanKu, maka baginya kehidupan yang sempit di dunia, dan Kami akan bangkitkan nya di padang mahsyar dalam keadaan buta matanya, (Maka) bertanyalah dia, Ya Tuhan kami, mengapa Engkau bangkitkan kami dalam keadaan buta mata,sedangkan kami dulu di dunia adalah orang-orang yang melihat? Maka jawab Allah Taala,”Demikianlah balasan bagi orang melupakan Kami semasa di dunia  ”

Manusia seperti itu dia berlakon seolah-olah dia tidak Nampak dengan mata kepalanya nikmat Allah Taala yang begitu banyak kepadanya. Seolah-olah matanya buta. Maka giliran Allah Taala pula seolah-olah lupa memberinya kembali nikmat penglihatan sehingga dia buta.

Bayangkan tuan-tuan, jika buta di dunia sahaja, sudah begitu payah lagi sukarnya untuk hidup. Dari tempat tidur ke dapur sahaja untuk mengambil segelas air terlalu sukar,sedangkan dia sedia maklum akan bilik rumahnya, inikan pula di padang mahsyar yang dia tidak pernah pergi, berjalan dalam keadaan buta tanpa orang yang memimpin.Masya Allah. Cubalah sesekali, tuan berlakon berjalan dalam gelap, tutup lampu atau mata, berjalan lah ke dapur untuk mendapatkan segelas air masak.

Ia lupa , bahawa dirinya akan berdepan dengan Allah Taala dihari akhirat kelak, dia lupa dia akan dipertanyakan seluruh hidupnya, usianya, untuk apa dia perbuat selama ini, hartanya, dari mana sumbernya dan ke mana telah dihabiskan.

Dia juga lupa, seluruh harta yang dia cari,tidak akan dibawa ke mana-mana, kelak ketika dia tua, ketika dia dipanjangkan umur, dia akan pergunakan seluruh harta itu untuk membayar perkhidmatan di hospital. Sedang waktu itu, dia pun tidak mampu lagi beribadah. Terbaring sepanjang waktu, tidak mampu bangun untuk berwuduk, Subhanallah. Apa lagi mahu solat 5 kali sehari.Azabnya telah Nampak, siksanya bakal ditanggung.Jikalah Allah Taala telah mengkifarahkan segala dosa-dosanya, alangkah bertuahnya dia.

Ketahuilah, sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan dari tiap-tiap seribu anak Adam itu, 999 darinya akan digiring ke neraka, manakala 1 lagi akan masuk syurga. Bayangkan kesukaran merebut kuota yang satu itu.Tidak lah gampang.Perlu bersusah-payah, perlu berjuang dan berkorban.Mungkin perlu diri kita terkorban.

Semoga Allah Taala menggolongkan kita semua ke dalam golongan hamba-hambaNya yang sempat meninggal dalam keadaan bertaubat dan diterima taubat kita.

Allahyarham Bob Rezal

Tahun 2000, sekeping Kaset albumnya saya putar ulang-ulang, hangat bahasanya biarpun tidak mengena dengan sesiapa. Hari ini, Disember 2012, setelah 12 tahun berlalu, baru saya tahu beliau sudah meninggalkan alam dunia ini. Al-Fatihah.
Beliau lama menetap di Malaysia, asalnya dari Aceh Indonesia. Semoga amalan nya yang baik diterima dan mendapat pengampunan dosa-dosa atas Kepemurahan Tuhannya.

Tahun 2005 Beliau mencipta Lagu Eligi Rindu..
Lon Hana Mafhum Mandum Bahasa Jin
Saya tak mengerti semuanya bahasa itu
Pakiban Lon Jeut Rasa Hangat Lagu Nyor
Tetapi Dapat ku rasakan maknanya..

Hidup mesti diteruskan

Namanya HIDUP, Diri Kita Bukan Hanya Milik Kita,Tapi juga milik Keluarga dan Masyarakat.Ada masa diri kita perlu menyendiri/berUzlah untuk mengurusi diri sendiri dihadapan Allah,ada masa kita perlu berbahagi masa untuk keluarga, dan ada waktunya kita harus bersama Masyarakat.. Kelak kita meninggal, siapa yg akan mengurusi jenazah kita,siapa yg akan menurunkan jasad kita ke dalam lubang kubur? Bukankah masyarakat setempat kita juga pastinya...ye kan

Kuliah Subuh

Jikalau anda perhatikan, banyak ayat Al-Qur'an yang menyebut tukminuuna billah akan di iringi dengan wal yaumil aakhir maknanya, beriman kepada Allah dan hari akhirat. Kedua hal ini saling berhubung dan berkait rapat. Jumlah ayat ini tidak dapat penulis catatkan pada sesi kali ini kerana memerlukan semakan ulang. Ada ayat yang secara direct atau jelas menyebut yaumil akhir, dan ada pula yang menyebut dengan kalimat lain. Sebagai contoh, ayat Maaliki Yaumiddin.. Pun membawa makna hari kiamat.Yaumid din di ertikan sebagai hari Agama, hari Hutang dan Hari Pembalasan. Kalimat Din berasal dari huruf Dal, Ya' dan Nun.Huruf ini kemudian menjadi kalimat lain seperti ketiga makna tersebut. 

Apapun, kiamat itu adalah satu hal yang pasti. Bila sebut kiamat, satu benda yang saling berkait rapat, iaitu kematian. Mungkin anda pernah dengar dan baca nama seorang insan bernama Hasan Al-Basri. Beliau dilahirkan ditempat lain, kemudiannya dibesarkan di Basrah.

Beliau berniaga intan berlian.Akhirnya meninggalkan pekerjaan itu lalu kembali ke jalan kesufian, hidup berabdi kepada Allah semata. Anda tahu apa turning point Hasan Basri kembali menjadi begitu? Menurut kisah-kisah wali, tercatat bahawa beliau sangat terkesan dengan kematian yang menimpa anak raja dizamannya.Sila rujuk buku Tazkiratul Auliya Cetakan Pustaka Aman Press.

Beliau pergi ikut menteri melawat satu kawasan dalam hutan.Rupanya disitu ada kubur anak Raja yang kacak, namun meninggal disitu. Peristiwa yang dilaluinya sangat memberi kesan yang mendalam pada jiwanya.Kesimpulan yang beliau dapat ambil hidup ini tidak sudah dengan apa yang ada, semua manusia akan berdepan kematian, baik cepat atau lambat.

PENAGIH BERTAUBAT

Saya pernah bertemu beberapa orang mantan penagih dadah yang tegar, akhirnya membuat pusingan untuk kembali bertaubat, anda tahu apa rahsia mereka yang terbesar? Ya..saya temui.... faktor umur kata mereka, namun hakikat yang sebenarnya ialah faktor kematian. Kerana usia kita akan habis dalam masa yang sangat singkat. Tiada manusia zaman sekarang yang boleh hidup lebih lama ketimbang manusia zaman dahulu. Paling lama pun ada seorang perempuan berusia 114 tahun, manusia paling panjang usianya, pun sudah meninggal dunia  beberapa hari yang lepas.

So, jika anda ingin menjadi baik, syabas...ingatlah pesan Nabi...jikalah seseorang itu tidak berubah sehingga usianya 40 tahun, maka begitulah terus-terusan sikapnya. Semoga kita terpelihara dari hal yang demikian. Ingatlah, harta dan apa sahaja yang anda miliki, akan anda tinggalkan, tiada harga lagi bagi anda ketika meninggal nanti. Hidup anda disini sementara cuma, dalam kubur itu yang lama, akhirat itu yang kekal. Jangan kerana mencari sesen dua untuk anak dan isteri, anda tinggalkan kewajipan solat. Anda pulang kerja lewat malam, dari menghadiri miting atau overtime, itu semua tidak boleh menjadi alasan untuk melewatkan solat Subuh!! Ayuh....Bangun...Buat Perubahan.
Thursday, December 06, 2012

Laluan Menuju Kejayaan

Di dunia kita ada impian tersendiri, kita ada destinasi tersendiri, manusia yang tak punya impian bagaikan robot, hidupnya hanya berjasad, tapi tak punya ruh. 

Bagi orang mukmin, impiannya lebih jauh. Akhirat yang abadi, penghidupan dibawah keredaanNya jauh lebih baik dari kehidupan yang sementara ini.

Ada kalanya kita perlu menunjuk kita sebagai orang muslim pun boleh kaya, pun boleh beli dan naik kereta mewah, namun adakalanya ZUHUD itu lebih penting buat kita.

Wednesday, December 05, 2012

Menunggu ....

Dalam hidup saya,hanya baru sekali sempat mengundi, kali kedua .. Tak dapat mengundi, sebab menjadi petugas pilihanraya, saya ditugaskan menjaga peti undi saluran 4.Saluran orang muda. Ingat pagi-pagi lepas subuh datang ke pusat pengumpulan undi untuk ambil peralatan, di iringi polis depan dan belakang, dalam van saya pun ada seorang polis perempuan menjaga kemananan. Begitu juga ketika petang menjelma, kami berarak ke pusat pengumpulan peti undi di iringi polis trafik depan dan belakang. Ceh...wahhh..macam menteri beb...

Kali ini,ramai sudah kata jenuh menunggu pilihanraya, tak sabar-sabar nak memberi mandat baru kepada pemimpin kesayangan mereka.
Friday, November 23, 2012

Fahami Isi Kandungan Ini

Setelah menyeru kaumnya (bangsanya) ke arah menyembah Allah, bertaqwa dan taat padaNya, akhirnya Nabi Nuh pasrah, kaumnya menutup telinga apabila dia berdakwah,mengejek bahkan sombong takabbur, lebih suka mengikuti orang yang duit banyak, akhirnya Nabi Nuh merintih dengan TuhanNya,doanya dirakam dan disalin semula dalam Al-Qur'an surah Nuh ayat 21 : "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).

Akibatnya : Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).

Nabi Nuh Berdoa Lagi : Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!..
Monday, November 19, 2012

Gambar sekitar kejayaan UPSR 2012


Anak penjual Kueh, cucu kepada Bapa Angkat Sekolah Kebangsaan Bangi ini sememangnya pelajar lincah dari awal persekolahan lagi.Pernah dilanda masalah, namun berkat usaha dan doa dari ibu bapanya, dia bersabar dengan masalahnya, memandang terus ke depan, tanpa menoleh ke belakang, melupakan sejenak masalahnya, hari ini dia dan ibunya mampu tersenyum dengan iringan air mata, 4A dalam gengamannya,

Murid pintar tapi malas buat kerja rumah. Fatin Izzaty dipanggil ke bilik kaunseling kerana itulah sikapnya. Kalau lah dari awal dia berjaya mengubah sikapnya, dia akan bersama dengan pelajar 5A. Tapi hari ini dia hanya dapay 4A.Apa pun. Fatin datang menemui saya dan mengucapkan terima kasih atas bimbingan dan kaunseling selama ini sehingga membuat dia berjaya mendapat 4A.Tahniah..
 
Mengharukan...Nash Aiman berbaju kuning, tidak memakai pun baju sekolah sebagai ditetapkan, hari ini dia dan ibunya tidak menyangka anaknya akan mendapat 4A dalam UPSR.Nash Aiman telah diberikan 2 kali ciuman kebanggaan oleh ibunya.Satu sebelah kanan dan satu lagi sebelah kiri.Tahniah Nash.Teruskan Usaha diperingkat selanjutnya.
 
Sebaris nama pelajar-pelajar yang mengharumkan nama sekolah tahun ini.Biarpun keputusan tidak setanding tahun 2011.Namun itulah keputusannya..setelah kita berusaha sehabis daya upaya.

Kegembiraan untuk keluarga juga

Hasil kejayaan awal
 
Lain-lain tempat
  '>

Baru Pulang dari Ziarah Makam Syeikh Mohd Noor kali ke3


Dibalik Tenang Sg.Chinchin : (Ambilan dari blog)


Masjid Sg. Chinchin, Gombak, terletak kira-kira 13 km dari bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya tidak jauh dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan PULPA (Pusat Latihan PEPIAS - ABIM) sendiri.

PEPIAS mempunyai hubungan yang baik dengan Masjid ini. Sekitar tahun 2009 sahaja, PEPIAS telah mengadakan beberapa siri program di Masjid Sg. Chinchin seperti program PEPIAS prihatin, Induksi cawangan Gombak, kelas prep Masjid, dan Tamrin Ramadhan (TAMAR).


Di sebalik itu, sesungguhnya Masjid ini menyimpan khazanah sejarah yang sangat berharga untuk disemangati bersama.Masjid Sg. Chinchin telah dibina seiring dengan pembukaan Kg. Sg. Chinchin sekitar tahun 1894. Kg. ini telah dibuka oleh Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi. Namanya tersenarai sebagai 7 Wali Melayu, sebaris nama - nama ulama' terkenal seperti Tok Kenali, Tokku Paloh, dan Tn Hussein Kedah Al-Banjari (7 Wali Melayu; Penerbitan Hikmah, 1993).
Beliau tersenarai kerana ketokohan beliau sebagai Pengasas Kampung Islam Contoh; Membangun Perkampungan Berteraskan Syariat, Menegakkan Pusat Tarbiah Wa Ta'lim dan Menguatkuasa Undang-undang.
Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi berketurunan Mendeleng dan berasal dari Penyambongan di bahagian Sumatera Utara indonesia. Beliau telah membuka Kg. Sg. Chinchin 10 tahun selepas ketibaan beliau di Tanah Melayu. Terdapat sumber mengatakan bahawa Kg. Sg. Chinchin merupakan sebidang tanah kurniaan Sultan Selangor kepada beliau.



Turut behijrah bersama ulama sufi ini ialah adik angkatnya Syeikh Zainal Abidin dan dua ulama lain.
"Mereka dari keturunan Mendeleng. Keempat-empat mereka alim-alim belaka dan apabila sampai ke Semenanjung mereka berpecah, seorang menetap di Tapah Perak, seorang lagi mungkin di Perak juga, cuma mereka berdua (Syeikh Muhammad Nor dan Syeikh Zainal Abidin) yang tidak berpisah."
- Hajah Fatimah, 69 tahun, anak bongsu kepada Syeikh Muhammad Nor.
(7 Wali Melayu; Penerbitan Hikmah, 1993)
Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi adalah khalifah ke-35 Tareqat Naqsyabandiah dan terkenal sebagai seorang wali Allah dengan berbagai karamah. Beliau juga seorang pemimpin masyarakat yang bewibawa dan berjiwa sufi. Ini terbukti dengan berjayanya beliau memimpin ahli jemaahnya di perkampungan Sungai Cincin, Gombak, sekitar tahun 1894-1919, di mana satu struktur pentadbiran dan undang-undang yang dilagangnya sendiri dapat dipraktikkan.
Syariat Islam benar2 terlaksana di Sg Cincin krn al-Kholidi begitu bijak memimpin, mentarbiah di samping menyusun strategi pembangunan utk memenuhi tuntutan hidup.

Utk memastikan syariat Islam benar2 terjaga, al-Kholidi mewujudkan petugas2 (polis). Beliau juga membina 4 rumah penjara (4 buah) utk mendidik mereka yg melakukan kesalahan dan kesan bangunan penjara ini masih wujud hingga kini.

Dlm soal melaksanakan hukuman al-kholidi tidak bersikap pilih kasih. Siapa shj yg bersalah pasti akan dikenakan hukuman, bahkan salah seorg drp isterinya sendiri pernah juga dipenjara beberapa hari.
Dengan sokongan orang ramai, Syeik Muhammad Nor dapat membangunkan sebuah pusat pengajian (sekolah agama) yang bukan saja menekankan soal-soal ilmu tetapi juga tarbiah rohaniah. Utk tinggal dan menuntut ilmu di Perkampungan Islam Sg Cincin ini, al Kholidi tidak mengenakan sebarang bayaran. Tetapi mereka digalakkan menanam padi, mendulang bijih dan berkebun.
Sekolah agama itu kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sg Chinchin, Gombak.
Merujuk petikan yang bertajuk orang hidup dikebumikan (tabloid Kosmo), Sheikh Muhammad Nor Al-Kholidi, mewujudkan sebuah kubur olok-olok di bahagian luar mihrab Masjid Sungai Cincin, Batu 9, Gombak, Selangor.

Menurut Ketua Kampung Sungai Cincin, Wilayah Persekutuan, Abd. Rani Awang, 66, kubur itu dibina sekitar waktu pembinaan Masjid Sungai Cincin, iaitu pada tahun 1894 sekali gus bermaksud kubur itu sudah berusia lebih 100 tahun.
Lubang sedalam kira-kira dua meter yang hanya seluas 2.16 meter persegi itu mungkin tidak pernah digunakan untuk menanam sesiapa namun pengalaman dibiarkan di dalam liang lahad di dalam kubur itu untuk satu tempoh, dikatakan mampu mengetuk kesedaran dalam diri sesiapa saja tentang kematian.
Semasa Tanah Melayu diserang Jepun, Kampung Cincin bukan shj tidak putus makanan bahkan melimpah ruah pula rezeki yg datang. Perkampungan ini juga tidak tergugat sama sekali oleh kehadiran tentera Jepun. Kehidupan dan pengajian berjalan sebagaimana biasa
.



Muhammad Nor al-Kholidi meninggal dunia dlm usia 58 tahun pd 1932 dan meninggalkan begitu byk jasa dan murid.