Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Friday, January 13, 2012

Buletin Bimbingan dan Kaunseling Pertama 2012

Salam sejahtera anak-anak SK Bangi dan juga guru-guru.

Apa khabar semua? Harapnya baik. Tahun 2011 telah kita tinggalkan dan sekarang kita sedang meniti hari-hari 2012. Selamat jalan 2011. Dia pergi tak kan kembali. Itulah “hal yang jauh” dalam hidup ini. Perkara yang tak mungkin dapat diulang semula. Baik saat yang indah atau detik yang pilu. Kalau ada pun, pada saat yang lain.

Selamat datang 2012. Kita tidak tahu apakah yang akan kita isi sepanjang 2012 di dalam hidup ini. Hanya Allah yang tahu. Nasib kita sudah berada dalam ilmuNya. Walaupun semua orang bercita-cita baik, namun tidak semua orang mampu menggapainya.

Semoga segala “hasrat, impian dan cita-cita” anak-anak murid, guru-guru dan ibu bapa dimakbulkan Allah Taala. Tuhan yang menjadikan diri kita semua. Apa lagi yang belum sempurna dalam hidup kita selaku insan, selaku hamba. Kita mohon padaNya agar sempurnalah kita menjadi hambaNya yang taat, sehingga kita dikembalikan semula kepadaNya suatu hari nanti.

Selamat datang mantan murid tahun 5 2011.Sekarang kamu sudahpun berada dalam tahun 6. Tahun terakhir kamu di sekolah ini. Hodoh atau cantiknya keputusan UPSR adalah sangat-sangat berkait erat dengan usaha kamu, disiplin kamu dan kegigihan kamu.

Pihak guru SK Bangi akan mencuba sedaya-upaya untuk melonjakkan kamu ke tahap yang tertinggi.
Selamat datang juga murid tahun 4 dan 5. Tugas kamu sebagai murid tahun ini memang bertambah. Kerja sekolah memang lebih susah sedikit dari dulu tapi tidak mengapa. Kalau kamu belajar dengan penuh minat, ianya tak susah mana pun.

Sebagai permulaan atau kata orang Mukaddimah kepada Buletin 2012 ini, cikgu bawa satu hadis Nabi untuk murid-murid hayati, semoga hadis ini memberi ransangan dan sebagai bahan motivasi kita untuk belajar.

Sabda beliau “Kun ‘Aliman, au muta’alliman, au mustami an, walaa takur raabi an, fatuhlik”
Ertinya, “Jadilah kamu orang yang Alim atau pun (setidaknya) orang yang sedang belajar atau orang yang mendengar dan jangan jadi orang yang keempat, (kerana) akan hancurlah kamu”.
Orang keempat ialah orang yang tidak berilmu atau dalam bahasa arab disebut jahlun. Dalam loghat Melayu disebut jahil, tidak mahu belajar, tidak pula mahu menjadi walau hanya sekadar pendengar.
Maka hujung hidupnya akan bertemu dengan kehancuran.

Di sini nampaklah, agama Islam itu sangat mementingkan ilmu. Orang yang berilmu itu sangat dihargai.

Makanya kalau kita belajar baik di sekolah atau di surau, madrasah atau di mana-mana, kita sedang duduk dalam keadaan berpahala. Setiap langkah ke sekolah berpahala, pulangnya pun berpahala. Apalagi ketika menatap wajah guru dan mendengar setiap patah yang keluar dari mulutnya. Niatlah, sesungguhnya saya belajar ini adalah kerana tuntutan agama saya.

Orang kaya raya itu pun bermula daripada ilmu. Tanpa ilmu mana mungkin dia boleh menjadi sekaya itu, kan. Bawa kereta mahal, rumah besar, pakaian cantik-cantik. Waduh, hebat-hebat!….
Kalau kita mahu jadi orang kaya, perlu ada ilmu, kemudian berusaha, kalau lah ada rezeki kita dah tertulis sebagai orang kaya-raya, pastinya kita akan capai.

Usaha Tangga Jaya

Orang yang berusaha, tuhan akan lapangkan rezekinya. Kalau tidak banyak, sedikit dia akan kecapi.
Cikgu teringat nama-nama yang pernah ada di Sekolah Bangi ketika dulu. Namun kini nama-nama itu sudah makin hilang. Bahkan dia pun sudah tiada di muka bumi ini lagi.
Hari-Haran dan Theva. Itulah antara 2 nama yang jasadnya (mungkin) telah hancur dimamah tanah. Tertulis dalam wall facebook Theva. “Theva, If you are here, u will be sitting SPM exam like we all”.

Demikian tulisan-tulisan yang tercatat pada wall Facebook Theva.

Oh, rupanya alangkah singkatnya usia ini! Kita datang ke dunia hanya sementara Cuma dan terus mengembara lagi….

Guru cikgu pernah menyebut begini, kita hidup antara azan dan solat. Cuba perhatikan orang Islam waktu dia dilahirkan ke dunia, bapanya mengazankan di telinganya, kan. Dan ketika dia pulang, yakni meninggal lalu disembahyangkan jenazahnya.

Begitulah tempoh hidup ini. Antara azan dan solat. Lanjutnya lagi, sekaya apa pun kita, waktu datang ke dunia dalam keadaan telanjang bulat. Ya kan. Ketika pulang, kita tidak juga memakai baju yang mahal. Orang akan belikan buat kita kain kapan untuk membalut tubuh yang berdosa ini.

Sambung beliau, Sultan Brunei, adalah antara manusia paling kaya di dunia ini. Apakah waktu dilahirkan dahulu, dia berpakaian? Cikgu termenung. Oh, tidak juga!

So, katanya, hidup ini pinjam-pinjaman sahaja. Masa berjalan begitu singkat. Peristiwa 4, 5 tahun yang lalu bagaikan kelmarin.

Masih terngiang-ngiang suara Theva dan kelibat Hari Haran membersihkan longkang di padang tempat kita bersukan. Masih melekat suara Cikgu Rohaini Rokani bercakap dengan mikrofon di hadapan bilik guru dengan memegang mikrofon yang dihulur dari atas. Oh, rupanya itu dulu.Kini hanya tinggal kenangan.

Masa kamu pun, sebentar lagi akan berubah. Gelaran kamu dari kanak-kanak akan bertukar remaja, kemudian dewasa, lalu menjadi belia, akhirnya tua, kemudian tua renta dan hiduplah kamu selepas itu di alam barzakh.

Jadi, jangan degil-degil, ya! Biarlah mak dan ayah senang dengan sikap kamu. Biarlah kawan-kawan pun menjadi rindu bila kamu tiada di sisi mereka. Justeru, jangan sebaliknya kamu membuat kawan-kawan menjadi geram dengan keberadaan kamu. Oh, sungguh malang kalau begitu!
Kerana, antara tanda-tanda orang celaka itu ialah orang lebih senang bila dia tiada. Semoga kita tidak menjadi begitu.

Kita kembali kepada hadis tadi. Rupanya kita disuruh belajar sampai kita menjadi orang alim. Kerana mereka yang takutkan Allah Taala adalah orang yang alim. Alim maknanya tahu. Tahu di sini maksudnya dia tahu, dia kenal dengan ilmunya siapa itu Allah.

Sesungguhnya orang yang takut kepada tuhannya, daripada kalangan hambanya adalah orang yang alim.

Jika kita straight A semua mata pelajaran seperti fizik, kimia, matematik tambahan, bahasa Perancis, sejarah, dan lain-lain tetapi jahil tentang Allah, ilmu kita masih belum cukup. Belum cukup untuk membantu kita daripada dihumban ke dalam api neraka. Mau kamu masuk neraka? Tahniah! Tiada siapa yang mahu. Jangan jadi seperti kelkatu. Kamu tahu tak haiwan yang namanya kelkatu? Biasanya selepas hujan haiwan ini datang ke rumah kita.

Haiwan ini sukakan cahaya dan api. Kerana sangat sukakan pada api, haiwan ini sanggup terjun ke dalam api. Apa haiwan ini dapat? Hancurlah tubuh badannya. Putuslah riwayat hidupnya.
Kalau kita tahu api itu panas, jangan kita pulak nak terjun. Kalau tidak, samalah kita dengan kelkatu tadi.

Addienun Nasihah

Terima kasih kalau sudah berjaya membaca buletin ini sampai di sini.

Cikgu setuju addienun nasihah, agama itu sumber nasihat, agama juga sumber motivasi. So, jangan malas-malas untuk membaca lagi. Ini kerana membaca itu tangga ilmu, orang yang berilmu, akan semakin takutkan tuhannya. Orang yang takutkan Allah akan selamat hidupnya di dunia dan akhirat.