Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Tuesday, March 27, 2012

Buletin ke 3 2012



Galakan Memberi Salam

Antara program yang telah berjalan pada bulan Mac ini ialah galakan memberi salam.

Hal ini tanda kasih kita sesama kita, kasih guru pada murid dan sebaliknya. Ada kelebihan yang besar rupanya bagi siapa yang mendahului memberi salam. Ganjarannya lebih besar berbanding yang menjawab.
Cikgu-cikgu sekolah kalau rajin memberi dan menjawab salam, mudah-mudahan akan diberikan kesihatan sepanjang masa. Susah nak demam, apalagi sakit teruk. Apa tidaknya, hari-hari ada orang bagi salam, ramai-ramai pulak tu.

Satu kelas bagi salam, maknanya paling kurang 30 orang mendoakan cikgu supaya selamat dan mendapat rahmat Allah Taala.

Sabda Nabi Muhammad SAW mafhumnya, “Barangsiapa yang terlebih dahulu mengucapkan salam, akan dicabut darinya sifat takabur” Sifat takabur ialah satu sikap yang tidak baik. Suka membesarkan diri sendiri, suka menunjukkan dia hebat, pandai, bijak dan segala-galanya.

Lawan dari sifat Takabur ialah Tawaduk.Sifat Tawaduk ialah sifat merendah diri. Sifat ini tuhan suka.
Kita sebagai hambaNya memang layak merendahkan diri kita. Sebab semua yang kita miliki, semuanya datang dari pemberian Dia. Sebab itu, antara nama Allah ialah Arrozaak.(Maha Pemberi)

Perhatikan tubuh kita, siapa bagi? Anggota badan seperti mata, telinga, mulut, hidung, kaki, perut dan diberikan juga fungsi yang sepatutnya kepada semua alat-alat itu.

Otak kita yang boleh menyimpan semua data, warna, bau, perasaan pada waktu itu dan segala-galanya. Canggih kan. Lebih canggih dari sebuah komputer.

Apa kata kalau mata tak berfungsi, ada tetapi tidak boleh melihat, ada telinga tetapi tidak boleh mendengar. Ada mulut tetapi bisu. Sangat-sangat sedih kan. Ada tapi bagaikan tidak ada. Seolah-olahnya seperti alat perhiasan.

Semua pemberian itu adalah pinjam-pinjaman semata. Mungkin satu hari nanti, Dia akan ambil semula. Pada waktu itu, kita perlu redha.

Orang yang redha dengan Allah Taala, akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Wah…. bukan mudah ya hendak dapat pangkat redha ini.

Redha bukan hanya rela dijadikan sebagai manusia, tetapi rela melakukan apa sahaja demi mematuhi kehendak Allah.Rela menurut apa sahaja kehendakNya. Itulah nilai hamba yang sejati. Rela dengan takdirnya, baik buruk, senang susah, di terima pemberian tuhan dengan hati yang redha.

Kalau Allah perintahkan kita solat, maka kita kenalah solat. Walaupun terasa solat itu berat sangat.
Soal Selidik

Beberapa buah sekolah yang cikgu pergi berceramah termasuk SK Bangi, sangat-sangat menyedihkan bila ditanya berapa ramai yang solat “full” semalam. Dari 120 orang calon UPSR hanya 17 orang yang angkat tangan.

Maknanya, kita masih tidak berapa mengambil berat soal solat. Mak ayah kita pun mungkin tidak pandang solat itu sangat penting. Walaupun agak pahit, itulah kenyataannya. Kalau tidak, kenapa 100 orang lagi itu tidak boleh solat dengan sempurna? Zohor buat, Asar tak sempat, Maghrib buat, Isyak terlepas.

Padahal kita ni sedang mengejar kejayaan. Dengan siapa lagi harus kita meminta, merintih dan berdoa kalau bukan dengan Allah Taala.

Aneh, jika ada orang selalu berdoa, memohon itu ini dengan Allah, tetapi dia tidak solat.Solat itu kan berasal dari perkataan “silah”, maknanya hubungan. Tidak solat, maknanya tidak ada hubunganlah dengan tuhannya.
Fuh! Gawat kan. Hanya orang yang solat biasanya akan berdoa.

Sebab Anak Susah di Bimbing

Salah satu punca anak-anak susah dibimbing ialah kerana kurangnya doa dari ibu dan bapa untuk anak-anak mereka. Doa tak bersungguh-sungguh. Mengharap anak akan tahu sendiri nilai yang baik dan buruk. Padahal, untuk melaksanakan kebaikan pun perlukan taufik dan hidayah. Harapan cikgu, tolonglah buat perubahan.
Utamakan soal hubungan kita dengan Allah Taala.

Andai kita cerdik, dapat masuk sekolah asrama penuh sekalipun, kalau bab hubungan dengan Allah Taala kita gagal. Tidak ada maknanya kata orang.

Bantuan dari TNB

Kita semua mengucapkan rasa syukur dan terima kasih banyak pada pihak Tenaga Nasional Berhad atas terbukanya hati mereka untuk membantu kewangan. Bantuan mereka telah meringankan bebanan ibu bapa anda semua. Tidak perlu lagi membeli buku-buku untuk membuat latihan.
Manfaatkan sepenuhnya nikmat itu.

Kempen Makan Tak Tumpah

Program yang baru dilancar akhir bulan Mac ialah “Program Makan Tak Tumpah”.
Pihak Hal Ehwal Murid dipengerusi Puan Norizah mengambil inisiatif ini untuk mendidik pelajar semua agar menjadi manusia yang menghargai nikmat Tuhan kepada kita yang melimpah-ruah. Sangat sedih jika kita tidak hargai rezeki tuhan, sedangkan di Somalia, Afrika dan negara kebuluran, mereka hari-hari tidak cukup makan.

Lihatlah badan mereka kurus, sampai nampak tulang dada. Ada yang terpaksa makan nasi yang sudah basi. Ada yang berkongsi dengan haiwan.

Facebook

Ini kisah budak-budak zaman sekarang. Semenjak wujudnya dunia facebook semua nak daftar facebook. Tidak ada facebook, sampai menangis nak buat facebook.

Ada satu kisah pasal facebook ni, seorang perempuan, dia ada facebook, tetapi kemudian meninggal, tidak dapat dipastikan pula sebab apa dia meninggal.

Malamnya, mak dia bermimpi, anaknya yang meninggal itu menangis-nangis, minta tolong di buang semua gambar-gambar dalam facebook nya yang tidak menutup aurat. Katanya dia amat tersiksa kini di alam kubur.
Namun apa boleh orang lain buat. Kerana kata kuncinya tiada siapa yang tahu. Jadi, kalau kamu nak selamat, usahlah letak gambar-gambar yang macam itu. Atau berikan kata kunci kamu pada rakan yang rapat. Kalau kita meninggal nanti mudah orang hendak tolong edit.


Berita Lain : PAFA

PAFA ialah Perkara Asas Fardu Ain. Semua murid mesti ambil berat dengan hal ini. Mohon ibubapa bagi kerjasama, mohon peruntukan masa untuk mendengar bacaan solat anak-anak.
Selain itu ada juga tayamun, 2 kalimah syahadah.
Sasaran murid yang terlibat ialah dari tahun 1 hingga 6.

Pembentukan asas semua murid adalah dari sini. Sambil-sambil tu mak ayah pun boleh belajar sekali lagi.
Majalah Sekolah

Pada tahun ini beberapa orang guru mula bercakap tentang Majalah Sekolah.

Sekian lama kita belum pernah ada majalah seumpama itu. Jikalau hasrat ini menjadi kenyataan, cikgu minta semua murid melibatkan diri untuk membantu selesainya Majalah Sekolah ini.