Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, April 07, 2012

Facebook "Memblok" Penulisan Blog

Satu hari, saya menghadiri satu Seminar di sebuah Kolej di Negeri Selangor.Seorang narasumber "penceramah" pada hari itu, ketika membahaskan soal penulisan, beliau terus menunjukkan jarinya pada saya, dengan katanya, "Saya selalu membaca blog yang ditulis oleh Cikgu Bangi itu, beliau je yang tak perasan" (saya selalu membaca penulisannya).

"Oh ye ke..." itu yang terdetik di hati saya. Merasa bangga juga kerana hasil penulisan saya yang tidak seberapa berbobot "bernilai tinggi" itu turut menjadi perhatian penceramah yang juga seorang penulis buku.

Kini.... dengan kesibukan melayan FB, nampaknya penulisan saya semakin berkurang. Jikapun ada, saya banyak menampalkan gambar-gambar ketika sesi ceramah untuk dilihat oleh murid-murid. Tak banyak juga tulisan yang dapat saya tuliskan. Padahal, saya bukan tidak punya idea, bahkan saya sering menemui idea baru ketika memberi ceramah. Idea spontan yang datang saya sampaikan terus, ianya menambah idea-idea sebelum ini.

Cuma masa sudah berpindah ke alam fb. Agak gawat juga. Saya perlu memikir semula untuk memberikan yang terbaik buat pengunjung dan "follwer" blog saya.