Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Tuesday, May 01, 2012

Berdakwah Sambil Berceramah

Biarpun saya menyampaikan ceramah anti dadah, atau motivasi belajar, tidak juga terlepas keibubapaan,tema saya tak akan lari dari persoalan hidup dan mati. Saya tahu audien saya terdiri dari pelbagai latar belakang manusia, pelbagai kaum dan agama, mereka semua sememangnya dahagakan air buat menyiram rohani mereka yang tandus.

Dalam sebuah kitab yang dikarang oleh seorang ilmuan menjudulkan kitabnya "Haajatul Insanu Lil Dakwah".. Berhajatnya manusia kepada Dakwah.

Jelas pada mata saya, apabila bercakap soal TUHAN atau KeTUHANan, anak-anak remaja dari non-Muslim akan terkebil-kebil mendengar penjelasan saya, antara bingung dan seakan tidak percaya, diam-diam mereka berfikir. Pernah satu ketika, ketika saya berceramah dihadapan pelajar pelbagai agama, saya tanyakan seorang-seorang secara rawak.

"Apa agama anda"

Masing-masing menjawab... Namun ada seorang yang tidak dapat memberika jawapan yang saya fikirkan. Jawabnya saya tiada agama.... Ternyata jawapan ini membuat saya sedikit terkejut. "Jika anda tak punya agama, siapa yang menjadikan diri anda?"

Tangisan Takut Allah
Diri saya, kalau bersedih...mata saya turut berdukacita tanpa saya minta, mata saya....akan mengalirkan air mata tanda simpati dengan nasib saya.. Anda bagaimana?
Kita datang dari SATU Tuhan, satu pencipta, Masakan tidak, toh kenapa jasad kita sama, bentuk fizikal kita sama. Kalau kita dari tuhan yang berbeza, semestinya kejadian saya dan anda pasti berlainan sekali.Jasad saya kalau di toreh, yang keluar adalah darah merah.... anda bagaimana?

Perut saya, kalau kosong akan merasakan lapar... anda bagaimana? Kalau saya dan anda sama, bererti kita datang dari pencipta yang sama.

Apa yang menjadi masalah dalam hidup ini ialah, KITA terpaksa MATI. Kerana mati, kita terpaksa hidup lagi untuk mempertangungjawabkan segala kerja buat kita di sini... Siapa pun anda, Cina, Melayu atau India, hidup ini pasti berdepan dengan kematian.

Mahu atau tidak, anda terpaksa akur dengan kehendak yang mencipta MATI. Anda tidak boleh melawan TAKDIR. Apa yang boleh anda buat ialah, memilih samada untuk mati sebagai manusia yang TERHORMAT atau meninggal dalam keadaan hina dina.





Pelajar di SMK Convent
Kiranya anda tidak mempercayai kata-kata saya, silakan mati...untuk bertemu dengan realiti apa yang saya ungkapkan..
Murid di SK TAAM

 
Sebagai anak, kamu harus berjuang untuk hidup berjaya, dan mati sebagai makhluk yang berjaya.
Ibu-ibu di SK Batu Laut Kuala Langat


 Sebagai ibu dan bapa.... usia anda semakin lama semakin berkurang... apalagi yang anda kejar Bu..... apalagi yang tuan-tuan kejar ..... buatlah persiapan untuk anak-anak anda seketika anda tiada lagi di muka bumi ini. 

Buatlah perubahan. Usah berdegil dengan diri kita, kita akan mati Bu..... lambat atau cepat... pulanglah menemui Tuhanmu dalam keadaan engkau diredhai...