Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, June 02, 2012

Metadone Sejenis Dadah (gantian) Halal

Dadah Gantian Halal

Semalam 01 Jn 2012, saya berkunjung ke rumah seorang sahabat di Muar Johor.Beliau merupakan salah seorang doktor di Muar yang membuka klinik sendiri.

Kebetulan pula, disini sedang luruh durian. Durian D24, mengalahkan segala durian lain... Makan tak ajak-ajak...ops..

Saya ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana rupanya dadah methadone. Kawan saya menunjukkan botolnya seperti dalam gambar sebelah. 

Untuk rekod, Doktor Shahruddin juga pernah terlibat dengan Pemberian Dadah Methadone bersama Dr.Mahmud. Anda boleh jumpa antara Klinik Dr Mahmud di Lorong Haji Taib.

Untuk pengetahuan pembaca, Methadone ialah sejenis dadah yang (dalam gambar isinya sebanyak 5ml) Katanya ubat ini akan diminum oleh penagih untuk satu minggu. Kalau kita bukan penagih mencuba minumnya, walau hanya 1 ml,sudah pasti akan teler. Dan jika bayi diberikan atau tersalah diberikan ubat ini, walau pun sedikit, ia akan mati.

Di Jakarta, Indonesia ubat ini dipanggil ubat gila.Penagih yang ketagihan dengan dadah jenis heroin, menyebabkan mereka tidak dapat bekerja, sehingga mengabaikan semua tanggungjawab mereka pada diri sendiri, keluarga dan agama. Kerajaan Malaysia dengan baik hati, ingin membantu para penagih ini, nah...cara inilah kerajaan boleh membantu.

Nak suruh dia berhenti terus, memang tak boleh.Sebab dah jadi penagih tegar. Cuma dengan pemberian dadah gantian (methadone) secara percuma ini, mereka boleh bekerja seperti biasa. Mereka juga akan merasa kesan high nya, tetapi boleh bekerja. Tak sama dengan heroin yang menyebabkan mereka lalok terus menerus.

Informasi ini saya tampal disini untuk pengetahuan yang belum tahu. Andai kata ada tersilap fakta, saya akuinya, dan mohon diperbetulkan.

Untuk rekod.Methadone sebelum ini diberikan dalam bentuk pil, namun, oleh kerana penagih ini tergolong manusia bijak, mereka mencairkan pil, lalu mencampur dengan hal-hal ini lalu menyuntik sendiri. Gawat kan.

Dikalangan para penagih, mereka memanggil dadah methadone ini dengan nama dadah halal. Hiks...nak tergelakkan. Apa tak halal nya, kalau mereka menyuntik heroin, candu, morfin, pastinya kena tangkap dan bersalah. Tetapi kalau mereka mengambil dadah ini, ianya halal dari undang-undang kerajaan.

Semasa saya belajar dulu bersama Prof Dr Halim Hussin, pernah orang bertanya, apakah hukumnya dadah ini diberikan kepada penagih, bukankah menggalakkan lagi mereka menagih?

Dalam usul fiqh ada menerang, menjauhi satu bahaya besar kepada bahaya yang lebih kecil itu diharuskan. So, maknanya, membantu penagih meninggal heroin (yang kita sedia maklum kesannya) kepada methadone (yang ada sekarang) itu adalah lebih baik.