Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Tuesday, July 24, 2012

Selamat berpuasa dibulan Ramadhan


"Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu, kamu menjadi manusia yang bertaqwa" QS Al-Baqarah - 183

Murid-murid sekalian, siapa yang puasa hari ini? Syabas siapa yang sedang berpuasa hari ini. Puasa memang meletihkan, tetapi ada banyak manfaat sebenarnya. Sehingga agama lain pun, (selain agama Islam) menyaran penganutnya agar berpuasa.

Tujuan berpuasa bukanlah supaya kita lapar dan haus semata-mata, tetapi untuk mengekalkan kesihatan kepada tubuh badan kita.

Selama ini, kita tidak pernah pun merehatkan perut kita dari dimasuki makanan. Hari-hari tubuh kita memproses makanan, mesin dalam perut tidak pernah berhenti mengisar makanan. Makanya, sesekali ia perlu direhatkan.

Kereta bapa kita pun, kalau tidak pernah masuk bengkel untuk ganti minyak hitam, padahal sudah tiba masanya ia di service, pastinya ia akan rosak.Cubalah kalau tidak percaya.

Makna Taqwa. Adapun tujuan puasa yang paling besar sekali ialah, supaya kita menjadi manusia yang bertaqwa. Untuk apa taqwa itu ? Taqwa itu ibaratnya tiket untuk masuk syurga. Dengan bahasa yang mudah, ulama memberi makna “taqwa” itu ialah menjauhi larangan Allah dan melaksanakan segala titah perintahNya.

Makna Puasa. Puasa itu pula maknanya menahan. Kita disuruh menahan diri dari makan dan minum dari tempoh sekian hingga tempoh sekian. Walaupun makanan itu halal, walaupun kita ada duit.Tidak boleh sesekali, makan atau minum jika belum tiba masanya berbuka.

Lebih jauh dari itu, maksud menahan tidak sekadar menahan makan dan minum sahaja.Banyak perkara yang perlu kita “menahan diri” kita. Contohnya dari melakukan sesuatu yang ditegah atau dilarang agama. Kerana semua tegahan itu pastinya membawa kepada mudarat, dosa dan berhujung dengan siksaan.

Kita adalah hamba kepadaNya, ibaratnya kita ini tidak lebih dari seorang kuli kepada seorang tauke. Apa yang tauke suruh, mesti buat. Kalau tidak, tak dapatlah gajinya.

Anak-anak, hakikatnya kita adalah hamba abdi kepada Pencipta kita, ada keinginan-keinginan kita yang tidak tercapai dan ada yang tak mungkin akan kita capai. ­

Dari itu, tuhan mengajar kita supaya "menahan" . Tahanlah dirimu dari itu dan ini yang menyalahi peraturan agama. Tahanlah dirimu dari sesuatu yang tidak ditakdirkan buatmu.

Kalau boleh kita nak jadi orang yang glamour macam artis kan? Tetapi, bila mengetahui ianya salah kerana kehidupan artis (yang kita saksikan hari ini) banyak dengan dosa,maka kita bersabar dan menahan diri kita dari menjadi artis.

Bagaimana puasa menjadikan muslim insan bertaqwa ?

Ayat 17 didalam Surah Al-‘Imran memberikan jawapannya, "Orang-orang yang sabar, orang-orang yang benar,orang-orang yang tetap didalam ketaatan, orang-orang yang menafkahkan (sebahagian dari harta mereka) dan orang-orang yang bangun mohon ampun diwaktu sahur"

1. Sabar. Sabar ketika berpuasa mengajar kita menahan haus dan lapar dari pagi hinggalah terbenamnya matahari. Bersabar pula berterawikh dimalam hari.

Sabar ketika miskin, sabar juga ketika anda kaya, ingatlah hidup ini penuh dugaan. Semuanya menguji diri anda. Selagi anda hidup, selagi itulah cobaan akan datang pada diri anda terus menerus.

Nabi bersabda kepada Saidina Ali.”
“Wahai Ali, sabar itu ada 3 kategori, sabar menjalankan perintah Allah, sabar menghadapi musibah dan sabar menerima qadha Allah Taala”

Bersabarlah dikala menunggu sesuatu yang belum kita dapat, dan bersabar setelah apa yang kita dapat, di ambil semula.

Tabahkan hatimu, sentiasa berhubungan dengan Tuhan, jangan lupakan Dia saat kita senang mahupun susah.

2. Sidiq (Benar)
Orang-orang yang berpuasa hendaklah jujur, tidak boleh sesekali mencuri-curi makan, jujur juga pada perkataannya, jujur tingkah lakunya. Jujur dalam berniaga, jujur dalam semua hal. Sabda Nabi SAW, "Peniaga yang jujur duduk seperti ini dengan ku di syurga" sambil menunjuk isyarat dua jari (telunjuk dan jari tengah). Bayangkan betapa dekatnya orang yang jujur dengan Nabi.
3. Qonitin. (berterusan didalam ketaatan)

Ketaatan anda hendaklah berterusan, dari pagi sampai malam, dari buka mata hingga tutup kembali, dari muda hingga tua, dari anda mengenal apa itu agama, hinggalah anda meninggal dunia. Mentaati Allah adalah perjuangan, menjaganya bukan mudah. Perlu kekuatan batin dan sokongan dari luar.

Anda perlu cipta suasana yang membawa anda ke arah suka dan cintakan ibadah. Antara ciri-ciri rumah tangga yang harmoni, ialah semua ahli keluarganya beribadah bersama-sama. "Iyyaa ka na'budu wa iyyaakanasta iin " Justeru, bentuklah dalam keluarga kita suasana itu.
4. Menafkahkan harta (Bersedekah)

Dalam dunia ini manusia dicipta bermacam-macam tingkatan. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang tidaklah kaya, tetapi dia mampu untuk membantu orang lain ala kadarnya. Bila kita rasa keperluan hidup kita sudah mencukupi, mana yang lebih itu, kita berikan pada orang lain. Biar mereka sama-sama merasa nikmat hidup ini.

5. Mustaghfirin Bil Ashar (Mohon ampun di waktu sahur)

Inilah ciri kelima TAQWA. Selaku insan yang banyak kelemahan, kita tidak lepas dari salah dan dosa sesama manusia dan tuhan. Mohon ampunlah kesalahan lampau kita dengan Tuhan. Tuhan amat tahu kita banyak dosa, siang malam Dia perhatikan kita tanpa mengantuk pun dan Tuhan tahu kita tidak ada masa sangat, maka waktu sahur adalah time yang paling hening, saat semua manusia sedang enak dibuai mimpi.

Mukmin yang sedar dirinya akan balik menemui Tuhannya (pada satu saat nanti), dia akan bangkit untuk memohon ampun.Dia sedar, sebanyak mana hartanya, sehebat apa dirinya, jika mati membawa dosa, maka itu tiada guna baginya.

Demikian 5 aspek penting yang menyempurnakan puasa seorang hamba, sehingga pada pagi raya Tuhan mengatakan, mereka seolah-olah bayi yang baru lahir. Maknanya suci dan bersih dari dosa. Bukan disebabkan berlapar sahaja, malah ada lagi amalan lain, yakni bersabar dibulan Ramadhan menahan lapar dan dahaga, berperangai baik, mengerjakan solat terawikh pada malamnya, dan menjauhi lagha. Maka sempurnalah puasa seorang hamba dengan 5 elemen di atas.

Oleh itu, mari kita pastikan, kelima-lima syarat untuk menjadi insan bertaqwa itu, kita cuba sedaya-upaya untuk menunaikannya. Sesibuk apa pun kita, jangan lupa tanggungjawab kita selaku hambaNya.Salam Aidil Fitri, mohon Maaf Zahir dan Batin.