Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Tuesday, August 07, 2012

Berbeza tapi masih sama

Dalam Islam ada undang-undang yang lengkap, meliputi semua aktiviti hidup manusia, berpotensi memberi bantuan yang diperlukan oleh setiap manusia, tanpa mengira batasan tempat dan masa. Likulli zamanin wa mamakaanin.Undang-undang ASAS terkumpul dalam Al-Qur'an ul Karim, yang kita sedia maklum, diturunkan dalam bulan Ramadan secara sekali gus dari Baitul Izzah ke langit dunia, dari situlah ia diturunkan beransur-ansur ke dunia mengikut keadaan semasa kepada Nabi Muhammad SAW.Pembawanya Malaikat Jibrail 'Alaihis Salam.

Undang-undang kecil bersifat cabang atau ranting, itu semua di ambil berdasarkan prinsip-prinsip utama yang telah disebutkan secara menyeluruh dalam Kitabullah itu. Hukum menyuntik heroin ke tubuh badan manusia sehingga menjadikan pengguna itu kebingunan, rosak akalnya, pun sudah ada (termasuk) dalam Qur'an, ianya kembali kepada objektif dadah itu iaitu memabukkan. Memanglah zaman Rasulullah, Heroin dan Morfin belum disebut,tetapi sifatnya tetap sama, iaitu memabukkan.Zaman itu orang meminum arak.

Dalam beramal pula, orang yang membaca Al-Qur'an paling fasih dan bagus hendaklah menjadi imam kepada orang lain. Itu dari segi syariat.Namun dalam perjalanan menuju Tuhan, apa yang penting ialah hati yang tulus ikhlas, orang yang membaca Al-Qur'an dengan fasih semasa menjadi imam, tetapi jauh dihatinya ada perasaan, "wah bacaan ku bagus, tiada orang lain (di tempat ini) yang sebagus suaraku", maka itu sudah boleh merosakkan ibadahnya. Guru dalam tasauf arif benar tentang hati muridnya, lalu dia (yang merasa bagus suara) diminta tidak lagi tampil menjadi imam solat. Kerana apa? Kerana nak jaga hati dia. Sungguh MAHAL hati itu. Ianya perlu dijaga lebih dari menjaga tubuh. Kerana tubuh akan binasa jua, walau bagaimana cantik dan gagah perkasa, namun hati? Hati atau ruh akan terus mengembara menuju alam baqo.

Begitu juga meminta derma, kita sebolehnya dilarang meminta-minta. Ada hadis menyatakan, tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah. (Dikatakan) Bahawa orang yang meminta-minta di dunia ini, akhirat kelak, wajahnya akan luruh. Wallahu a'lam.

Namun dalam dunia tasauf, ada guru sengaja menyuruh agar (antara) muridnya meminta derma. Bacalah sejarah Sufi Agung, manusia biasa kemudian masuk dunia tasauf, ia meminta derma dengan orang ramai. Bukan tujuannya nak kan duit sebenarnya, duit hanyalah perantara, tetapi sifat yang mulia apabila meminta derma, itu yang perlu. Tanpa minta derma sifat sabar, berlemah lembut, redo susah nak didapat. Cubalah sesekali anda meminta derma dihadapan orang ramai. Wah..bukan main susah kan.Malu, gementar, takut orang kenal. Takut orang kata apa nanti. Jadi kita kena bersabar, ye lah nak kan duit orang, kena sabar dengan herdikan manusia, dan redo. Inilah tujuannya. 

Belajar Redho dengan apa yang terjadi.Itulah sifat mulia yang membawa seorang insan naik darjatnya.

Kalau anda baca sejarah Sufi, beliau menjual kayu api, wangnya dibelikan roti, kemudian diagih-agihkan kepada anak muridnya.Begitu juga dengan sang sufi yang lain.Bukan kekayaan yang dicari, tetapi ianya sebagai satu proses membentuk jiwa yang mulia.

Masih penulis ingat, sejarah  tahun 1998, 14 tahun yang lalu, sebelum penulis ke utara Sumatera Utara, Propinsi Banda Aceh Darussalam, penulis membawa sekeping surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan yang ditandatangi oleh Setiausaha Sulit MB, isi surat itu ialah, yang membawa surat ini akan menyambung pelajaran ke Aceh, beliau murid miskin, mohon sesiapa yang berkenaan membantunya.

Dari satu bangunan ke satu bangunan penulis naik, dari satu bank ke satu bank, dari sebuah masjid ke masjid yang lain, dengan pertolongan bapa angkat dan anaknya di Selayang Pandang, Alhamdulillah, berkat sabar, dapat jua hasrat tercapai. 

Namun ada satu kisah, seorang perempuan yang bekerja di bank Jalan TAR, ketika saya menghulurkan surat itu, dia membacanya, setelah habis membaca dia melemparkan surat itu ke lantai sambil berkata dengan kuatnya "Emmm. dari Kelantan rupanya, balik lah mintak dengan orang Kelantan"...Dengan sayu dan malu penulis berjalan memungut kembali surat yang dibuang itu. Dalam hati berkata, kalau tak nak bagi pun, tak apa lah. Saya ucapkan terima kasih dan terus beredar.Apa nak buat, memang begini nasib saya.

Begini rupanya pengalaman meminta derma.Bukannya saya nak bermewah dengan wang itu, cuma ingin menyambung perjalanan dimuka bumi ini mencari ilmu Tuhan.Mungkin saya boleh berbakti kepada masyarakat selepas saya pulang nanti dari pengajian. 

So, berbeza cara dalam beramal, tetapi matlamat mesti sampai. Tujuan terakhir kita ialah Menggapai Redho Ilahi, ikutlah jalan mana sekalipun, jika jalan itu bisa menyampaikan kita kepada Tuhan, laluilah. Kita tak perlu membina highway baru, jalan sudah siap, tinggal lalu saja.