Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Tuesday, November 06, 2012

Buletin NOvember 2012


Pihak warga SK Bangi khususnya merakamkan setinggi-tinggi “Salam Takziah” dan dukacita untuk keluarga arwah Pn.Zakiah, mantan Guru Besar SK Bangi. Semoga rohnya mendapat tempat yang baik disisiNya.Kepada 3 orang anak-anak yang ditinggalkan semoga tabah menghadapi perjuangan hidup.  

DariNya kita datang dan kepadaNya pula kita dikembalikan. Tsumma Ilahi Turjaun. Kemudian kepadaNya kamu semua dikembalikan..Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Masih ternampak wajahnya ketika berucap, masih kedengaran suaranya ketika menyampaikan amanat. Rupanya hidup ini terlalu singkat. Benarlah kalimah itu sebagaimana pernah diungkap.

Tersebut di dalam Al-Qur’an, antara 5 perkara yang ilmu manusia tidak mengetahuinya, yang pertama bilakah hari kiamat, kedua di mana akan turunnya hujan, ketiga bagaimana nasib masa depan bayi yang sedang berada dalam perut ibunya, keempat apakah yang akan manusia lakukan esok hari dan kelima di manakah kuburnya.[Surah Luqman : 34]

Tarikh Lahir

Apakah secara kebetulan atau tidak, Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabiul Awal dan meninggal pun pada tarikh yang sama di usia 60 tahun. Mantan Guru Besar itu pula dilahirkan pada 2 November 1951 dan meninggal pada 4 November 2012.Dua Hari setelah tarikh hari beliau dilahirkan. Dalam usia 51 tahun 2 hari, tanpa sebarang penyakit kronik, namun kemalangan menjadi sebab untuk beliau dipanggil pulang menemui Ilahi setelah hatinya tidak dapat berfungsi secara normal.

Ada orang mengatakan, terdapat manusia yang meninggal dunia pada tarikh tidak jauh dari usia dia dilahirkan. Mungkin pada hari itu atau sehari selepasnya.

Apakah betul atau tidak.Wallahu A’lam. Sebagai hamba Allah, kita sentiasa diingatkan agar berwaspada dan sentiasa sedar bahawa hidup ini hanya sementara cuma.

Akhiratlah yang kekal abadi. Apa yang tercatat dalam Al-Qur’an adalah “Apabila datangnya ajal manusia, tidak dapat ia diperlambat atau percepat walau sedetik cuma

Umumnya tiada manusia yang inginkan meninggal awal, bahkan manusia dengan pelbagai cara berusaha dengan sedaya upaya untuk tidak meninggal di usia masih muda, maka mereka pun menjaga pemakanan, kesihatan, bersenam dan sebagainya. Agar hidup lebih lama, kerana banyak perjuangan yang belum selesai.

Seorang penyair Indonesia bernama Chairil Anwar pernah menulis, “Kalau bisa aku ingin hidup seribu tahun lagi” P.Ramlee pun turut menuturkan kata-kata ini dalam sebuah filemnya.

Ketika ditanya kepada murid-murid tahun 6, kalau boleh berapa lama kamu ingin hidup?Jawapan yang diterima beragam.Ada yang kata 70 tahun, ada pula 150 tahun bahkan ada yang tidak ingin meninggal walau sampai berlakunya kiamat.

Kenapa manusia takut pada mati? Kerana dia merasakan persiapan dirinya belum cukup.Jika ditanya, bilakah persiapan itu akan cukup? Mungkin yang ditanya akan membisu.

Sebenarnya, kita tidak boleh hidup lama, kerana usia umat akhir zaman rata-rata begitu, meninggal dalam lingkungan 60-an. Untung jika ada yang panjang umur. Boleh melihat telatah anak cucu. Kerana itu, cikgu selalu berpesan, sebelum kita pergi dari sini (dunia), buatkan rekod hidup yang terbaik. Biarpun pemergian kita nanti ditangisi bukan disenangi.

Berkata seorang guru, ketika kamu datang ke dunia dahulu, kamu menangis, orang lain yang ketawa (senyum menyambut kelahiranmu), maka cubalah kamu ubah,  ketika kamu meninggal nanti, kamu yang ketawa (suka bertemu Tuhan), manakala orang lain yang menangisi pemergianmu.

Seorang pengarang pernah menulis begini, “Setiap orang akan menjadi buku cerita setelah matinya, maka tuliskan dan tinggalkan sebuah cerita yang bagus, agar memberikan hiburan dan inspirasi yang indah bagi ahli waris dan pembacanya”.

Pn Hjh Zakiah Idris. Usia 51 tahun 2 hari.
Selamat jalan menuju alam abadi.
Sempat berbakti pada SK Bangi.
Menabur budi menyemai bakti.
Akhirnya pergi mengadap Ilahi.

Datang ke dunia disambut azan, pergi dilepas dengan solat, hidup antara azan dan solat, aduhai alangkah singkatnya hidup.


Buletin Bimbingan dan Kaunseling cuba diterbitkan sekali lagi.Buat Mengakhiri Tahun ini.Salam Takziah dapat diberi.Buat Keluarga Mantan GB SK Bangi. Semoga Hidup Tenang Kini.Dalam Penantian Pertemuan Abadi.Selesakan disana dia Ya Rabbi.PadaMu semua kami Kembali.

Berkata seorang ilmuan.”Kita tidak perlu takut pada mati, kerana mati tidak akan sampai sebelum ajal tiba dan ketika ajal sudah pun tiba, kita sememangnya sudah tiada di muka bumi ini lagi. Yang perlu kita takut ialah apa yang akan terjadi selepas kematian.