Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Monday, February 18, 2013

Hubungan antara Kaunselor dan Ilmu

Antara Tanggungjawab Seorang Kaunselor di sekolah ialah menumbuh rasa cinta murid pada "ILMU" dan rasa hormat yang mendalam pada "Guru" yang mencurahkan ILMU. Hubungan antara Guru dan Ilmu sangat berkait rapat, bagaikan dua sisi mata wang syiling.

Keberkatan akan datang apabila murid mempunyai rasa hormat pada guru, walaupun murid itu berbangsa India atau Cina dan sebagainya. Sekalipun dia tidak beragama ISLAM, tidak berdoa, tidak baca Yasin, dia boleh LULUS bahkan Cemerlang. Baca Yasin dan Sholat ataupun mana-mana amalan spiritual adalah tanggungjawab antara khalik dengan Makhluk nya. Tidak menjadi jaminan akan cemerlang dalam dunia.Doa-doa itu hanyalah pengharapan dan tanda kehambaan seseorang insan.

Saya pernah jumpa seorang ayah yang berniaga buah dipasar malam, berasal dari Indonesia, saya tahu sangat dia tidak pernah solat kalau waktu berniaga, tetapi anaknya mendapat 5A dalam UPSR. Dengan bangga dia sebutkan pada saya.Ternyata hubungan agama atara si ayah dan ibu pun bukan jaminan untuk lulus atau gagal.

Masalah yang berlaku disekolah menengah yang sangat memeningkan kepala sang guru ialah,apabila ada antara murid yang disifatkan sebagai keras kepala, tidak dengar cakap guru, bersembang bila kita berceramah, menyakiti guru dengan perbuatannya. Ini adalah masalah pelajar itu sendiri TIDAK MENGENALI SIAPA DIRINYA. Jikalah dia tahu, bahawa kematian akan mendatanginya, dan segala kehebatan dirinya akan punah begitu saja bagaikan ditiup angin, apakah dia mahu tonjol kehebatannya yang tidak ke mana itu?

So,inilah peranan dan tanggungjawab guru kaunselor, mengubati penyakit hati pada murid tersebut. Banyakkan memberi peringatan pada mereka bahawa hidup ini sementara, sehebat apapun manusia tidak kemana, sebutir pasir masuk ke matanya ketika mengederai motor, sudah mampu membuat dia terjatuh dan mati, seekor nyamuk menggigitnya pun sudah mampu membuat dia hilang nyawa dan sebutir batu kecil yang ada dalam kasutnya pun, sudah mampu membuat dia tidak enak.

Perihal kan pada nya cerita Namrud yang mati gara-gara seekor nyamuk yang masuk ke telinganya.Mana kehebatannya selama ini,mana harta dan askarnya, apakah mampu membantunya?

Bangkitkan kisah-kisah dalam kubur, peritnya azab dan sengsaranya ketika nyawa tercabut dari badan.Tayangkan mayat2 yang meninggal akibat membawa motor tak tentu hala. Nah, lihatlah... apa sudah jadi pada mereka.

Oleh itu,guru perlu meningkat ilmunya, dekatkan diri dengan Tuhan, yang tak ada Tuhan, carilah Tuhan, tenangkan dirimu,hadapi semua ini dengan niat amal ibadah untuk memodifakasi perangai manusia yang telah hancur akibat kehilangan permata agama yang sangat bernilai dalam hidupnya.

Selamat Bekerja
Thursday, February 14, 2013

Salam Motivasi : Sentuhlah hati manusia

Salam Motivasi

Siapa pun anda, berasal dari ibu yang satu, siapa pun ibu anda, datangnya mereka dari keturunan yang sama, dari Manusia yang pertama, Adam namanya, yang menjadikan dia adalah Tuhan yang bernama ALLAH. Diberinya kita hidup sementara cuma di dunia ini, kerana ada alam yang kedua yang akan memberikan pembalasan baik dan buruk segala tindakan kita.

Adalah amat-amat tidak LOGIK, seseorang menanam tembikai tumbuhnya cili, begitulah amat2 tidak patut, seseroang berbuat baik, akhirnya dia mati begitu saja tanpa mendapat pembalasan.

Begitu juga orang yang jahat,merompak sana sini, membunuh dan segala macam kerja yang jahat,akhirnya dia mati begitu saja. Tanpa mendapat pembalasan.Dia bebas merdeka. Kaya atas penindasan, hebat atas kejahatan. Patut tak?

Sebab Itu, Seorang ILMUan, Emmanual Kant pernah berkata, adalah sangat LOGIK, sekiranya Tuhan menjadikan alam yang kedua bagi UMAT Manusia ini, untuk mendapat Pembalasan yang SETIMPAL.

Ingat2 lah sobat2, kita sedang di uji,bergembiralah dengan adanya hari akhirat, kerana akhirat tidak akan terjadi sebelum adanya kematian, dan kematian itu akan menamatkan segala kesusahan hidup di dunia ini.

Sesusah apa pun dalam dunia ini, ada yang sudi menolong.Lihatlah banduan dalam penjara, sesusah dan sejahat dia,ada yang membantunya ketika dia demam dan sakit, ada yang membawanya ke klinik, TETAPI.... apakah kita akan dibantu, jika kita adalah antara penghuni neraka Jahanam. Dalamnya neraka 70,000 tahun batu yang dilepas baru sampai ke dasarnya.

Mudah-mudahan hati anda bisa tersentuh.
Ikhlas, Noorhisham KR

Maju Setapak

Dalam usaha membantu rakan-rakan yang jauh dari lokasi kedai-kedai buku, saya menyediakan ruang untuk anda membeli buku-buku kesukaaan anda dari pelbagai Syarikat Penerbitan, semuanya secara online, pesanan, bayaran kemudian dihantar ke alamat anda.

Sila daftar dahulu sebagai pengguna tanpa apa-apa bayaran sebelum membuat pembelian.
Klik pada Gambar

Wednesday, February 06, 2013

Kedai Buku Online dengan Ribuan Buku Dalam Satu Kedai



Salam Sejahtera dan Assalamualaikum buat kaum muslimin.. Alhamdulillah... Dunia semakin Canggih, anda yang minat membaca pastinya merasa senang mendengar berita ini.

Anda punya hobi membaca dan memang berkemampuan untuk membeli majalah kesukaan anda sekali sebulan, namun sayangnya kedai itu berada jauh.

Nah, hari ini, dengan teknologi yang canggih, dengan cara paling mudah anda dapat mencari dan membeli buku-buku kesukaan anda di sini, 
terdapat 2000 produk, buku2, CD, dan lain-lain. Sila layari stormreaders.net/afraima.uhb atau klik sini

Noorhisham Hamzah
GSBM
Monday, February 04, 2013

Kepimpinan Melalui Teladan

Apa yang dikatakan Kepimpinan Melalui Teladan?

Anda tahu tak dalam dunia ini negara mana paling bersih kotanya? Cuba google kat internet, pasti anda jumpa. apa sebab kota itu bersih.Dato Bandarnya, apabila ternampak sampah, dia akan memberhentikan kenderaannya, lalu mengambil sampah itu dan mencari tong sampah atau membawanya pulang ke rumah. Perangainya menjadi ikutan orang. Orang lain rasa malu nak buang sampah apabila Dato bandar bertindak sedemikian. 

Kepimpinan Allah Taala

Allah Taala memang mewajibkan solat Fardu.Namanya pun Fardu.Tetapi tidaklah menjadi asbab orang yang solat fardu itu untuk disayangi Tuhan. dalam sebuah hadis Qudsi Allah Taala berfirman,

"Tidaklah menjadikan seseorang itu lebih dekat denganKu dengan amalan-amalan yang Aku fardukan ke atasnya, melainkan dia mengerjakan amalan-amalan sunat, sehingga Aku menjadi sayang padanya. dan apabila Aku sayang padanya, aku menjadi matanya yang mana ia melihat, telinganya yang mana ia mendengar dan kakinya yang mana ia berjalan."

Lihat tu, amalan wajib tetap wajib, Allah Taala perbesarkan khasiat amalan sunat sehingga mendapat predikat hamba yang disayangi.Namun tidaklah seseorang meninggalkan amalan fardu.(Kerja Wajib)

Sebagai bos, kita boleh memberi motivasi kepada orang bawahan kita dengan memperbesarkan amalan-amalannya di tempat kerja yang bukan dibawah bidang kerjanya yang wajib.Jika dia telah banyak berkorban wang ringgit masa dan tenaga untuk tempat dia bekerja, hargai dia!! Dia telah membayar sesuatu dengan wangnya sendiri, padahal itu bukan kerja dia, padahal syarikat kita ada dana sendiri.Tetapi dia bermurah hati mendermakan wangnya.

Jangan perbesarkan kesalahan kecil yang ada.Memang manusia tidak ada yang sempurna dalam dunia ini. Bagaimana hebat penulisan seseorang, masih ada salahnya, tidak boleh menyalahi Al-Qur'an yang sedikit pun tidak mempunyai kesalahan.Dr. Haron Din menyiapkan Tesis Phdnya dalam Bahasa Arab, pun masih ada salah dan silapnya.

Inikan pula orang bawahan kita yang baru saja tamat Degree.Tiada pengalaman bekerja. 

Tips Untuk BOs Menjadi Baik

Ingatlah.. orang yang suka menyakiti hati orang lain, akan disiksa dalam kubur nanti. Sikit-sikit bercakap sindir orang itu, sikit-sikit sindir orang ini, lantaran kita punya kuasa.Begitu ke? Cubalah cari cara lain,asalkan kita selamat di akhirat dan hati dia tidaklah terusik. Hebat bukan, bila kita boleh menegur dengan jalan yang paling berhemah. tanpa melukai perasaan orang lain.

Bagaimana Menyentuh Hati?

Kalau orang bawahan ingin rasa dihargai, kemudian dikasihi, begitulah jiwa seorang bos. Bos hakikatnya tidak boleh bekerja tanpa bantuan orang bawahannya. Betul kan. Bos tak sepatutnya melukakan perasaan orang bawahannya, carilah kelebihan orang bawahannya, bantulah kelemahannya, bukan yang salah sedikit itu di highlight, yang jasanya besar tidak pernah pula di sebut dalam mana-mana mesyuarat sebagai tanda penghargaan.

Wahai ketua-ketua jabatan, jangan sombong, anggap diri anda kurang sempurna, kecuali bantuan orang bawahan anda.Bekerjalah dengan hati yang senang.Apa nak dikejar dalam dunia yang sementara ini? Jangan anggap anda lama, anda layak menjadi bos, apatah lagi merasa tidak pernah buat salah.

Penulisan ini adalah sebahagian dari isi penulisan saya yang akan dibukukan nanti. 
Thursday, January 31, 2013

Seandainya ... Neraka Sedalam Ini

Dari Khalid bin Umar, ia berkata, ''Utbah bin Ghazwan menyampaikan pada kami, ia berkata, ''Sesungguhnya ia menyebutkan pada kami tentang batu yang di lemparkan dari tepi neraka dan meluncur selama 70 tahun sebelum mencapai dasarnya.'' Demi Allah, Jahanam akan dipenuhi. Apakah kalian terkejut?'' (H.R. Muslim secara mauquf, sedangkan Imam Ahmad meriwayatkan secara mauquf dan marfu'. Yang lebih tepat, hadis ini adalah mauquf. 

 At-Tirmidzi mengeluarkan hadis dari Hasan. Ia mengatakan bahwa 'Utbah bin Ghazwan menyampaikan di atas mimbar kami, maksudnya mimbar Bashrah, ucapan dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda, ''Sesungguhnya batu besar di lemparkan dari tepi Jahanam. Ia meluncur selama 70 tahun, tetapi belum mencapai dasar Jahanam.'' Lalu 'Utbah berkata bahwasanya Umar pernah berkata, ''Perbanyaklah kalian mengingat neraka karena sesungguhnya panasnya sangatlah panas, sedangkan dasarnya sangat dalam, dan alat pemukulnya terbuat dari besi.'' 'Utbah berkata, ''Hasan tidak di ketahui pernah mendengarnya dari 'Utbah bin Ghazwan.'' 

 Selain itu, dalam hadis lain di keluarkan oleh Imam Muslim dari hadis Abu Hurairah, ia berkata, ''Ketika itu kami sedang berada bersama Rasulullah, lalu kami mendengar suara benda yang jatuh. Rasulullah bersabda, ''Tahukah kalian suara apa itu?'' Kami (Abu Hurairah dan teman-teman) menjawab, ''Allah dan Utusan-Nya lebih mengetahui.'' Rasulullah bersabda, ''Itu adah batu yang di jatuhkan ke dasar neraka Jahanam semenjak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya.'' 

 Muslim juga mengeluarkan hadis dari Abu Hurairah, ia berkata, ''Demi Dzat yang jiwa Abu Hurairah berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya dasar Jahanam itu dicapai selama 70 tahun.'' Begitu juga, Hakim telah mengeluarkan hadis dari Abu Hurairah, dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda, ''Apabila tujuh unta gemuk yang sedang hamil dilemparkan dari tepi jurang Jahanam, mereka baru akan sampai ke dasar Jahanam selama 70 tahun.'' Al-Bazar dan Ath-Thabrani mengeluarkan hadis Buraidah dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda, ''Sesungguhnya batu (yang dilemparkan ke dasar Jahanam itu) seimbang dengan tujuh unta gemuk yang sedang hamil tua. Batu itu dilemparkan kedalam Jahanam selama 70 tahun, tetapi belum juga mencapai dasarnya.''

 Ibnu Hibban, dalam Shahihnya, telah mengeluarkan hadis dari Abu Musa Al-Asy'ari, dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda, ''Andaikan sebuah batu dilemparkan ke dasar Jahanam, ia akan jatuh meluncur selama 70 tahun sebelum mencapai dasarnya.'' Ibnul Mubarak berkata, ''Yunus telah menyampaikan kepada kami, dari Az-Zuhri. Ia berkata, ''Telah sampai kepada kami bahwa Mu'adz bin Jabal bercerita dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda, 

''Demi Dzat yang jiwaku berada pada genggaman-Nya, sesungguhnya di antara tepi neraka dan dasarnya terdapat batu keras seberat tujuh unta gemuk yang sedang hamil tua yang jatuh ke dasar neraka selama 70 tahun sebelum mencapai dasarnya.'' Ibnu Al-Mubarak mengatakan bahwa Hasyim berkata, ''Zakaria bin Abi Maryam Al-Khaza'i berkata, ''Aku mendengar Abu Umamah berkata, ''Sesungguhnya jarak antara tepi jurang Jahanam dan dasarnya adalah jarak selama 70 tahun bagi batu yang meluncur ke dasarnya. Batu itu seberat 10 ekor unta yang gemuk.'' 

Kemudian seseorang bertanya kepada Abu Umamah, ''Wahai Abu Umamah, apakah ada suatu benda di bawahnya?'' Abu Umamah menjawab, ''Ya, yaitu kesesatan/kegelapan dan dosa.'' Hadis ini telah diriwayatkan dengan jalur sanad dho'if, yaitu dari jalur Luqman bin 'Amir, dari Abu Umamah, dari Nabi Muhammad SAW. Ada tambahan redaksi, ''Aku bertanya, ''Apa ghayy dan apa itu atsam?'' Nabi Muhammad SAW, menjawab, ''Yaitu berupa sumur, yang didalamnya mengalir nanah penghuni neraka yang bercampur darah.'' Inilah yang disebutkan dalam firman Allah:

Sejarah Terbentuknya Lubang Besar di Guatemala

Lubang Guatemala
Lubang Guatemala
Lubang Guatemala

At least 115 people have died after 

Apabila Hati Tersentuh

31 JAN 2013. LABU HILIR. Selama 2 jam kurang 5 minit saya menyampaikan ceramah motivasi kepada anak-anak di sekolah ini seramai 75 orang. Aspek awalnya pengurusan masa dan Rahsia Cara Belajar. Tidak ditinggalkan pada penghujung slot, sesi keagamaan, menitik berat soal agama.

Jika syarat ingin berjaya ialah berdoa, bagaimana kita nak berdoa jika kita tidak sembahyang. Ramai juga anak-anak yang mengaku secara tanpa paksaan, bahawa ibu dan bapa mereka (ramai) tidak solat.

Soalan Malaikat dalam kubur memang sudah umum bak soalan bocor.Tetapi yang menjawab nanti bukanlah mulut kita, akan tetapi amalan kita.

Berikut sedutan foto-foto yang sempat dirakam sepanjang ceramah tadi.
Dan berikut adalah video yang saya paparkan menyebabkan mereka....

SK Bandar Sri Putra
Motivasi UPSR

SK Bandar Seri Putra
Motivasi UPSR

Wednesday, January 30, 2013

Kita Bukan Bodoh

Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Dan Dia menjadikan bagimu pendengaran, dan penglihatan dan hati, agar mudah-mudahan kamu menjadi manusia yang bersyukur.

An Nahlu

Setiap manusia mempunyai 100ribu sel neuron.
100 bilion neuron
jika saluran darah dalam otak disusun ia akan merentang sepanjang 100,000 batuotak manusia adalah organ yang paling berlemak di dalam badan manusia. ia mempunyai sekurang-kurang 60% lemakSerebrum adalah bahagian yang paling besar dalam otak manusia dan melitupi 85 % daripada berat otak.75% daripada otak adalah air.Otak mempunyai struktur yang amat kompleksKetika lahir, otak mempunyai berat 350-400g, semasa dewasa, berat otak meningkat sehingga 1300-1400g .Dikawasan bahagian kiri otak mempunyai 186 juta lebih neuron dari kawasan bahagian kanan.750-1000ml darah mengalir didalam otak dalam seminit atau lebih kurang 3 tin penuh Coca Cola.Kelajuan yang paling rendah apabila maklumat dihantar diantara neuron adalah 416 km/s dan ia nya bersamaan dengan kelajuan tertinggi kereta terpantas dunia, Bugatti EB 16.4 Veyron.Berat otak manusia lebih kurang 2% dari berat keseluruhan badan tetapi ianya menggunakan 20% tenaga badan.89.06 peratus manusia dilaporkan menulis dengan tangan kanan, 10.6% dengan tangan kiri dan 0.34% dengan kedua-dua belah tangan.Satu otak manusia menghasilkan lebih banyak impuls eletrik dalam sehari berbanding dengan semua Telefon didunia.Neuron terhasil dalam peratusan 250,000 neuron setiap minit ketika awal kehamilan.Otak berhenti membesar pada umur 18 tahun.Ketika lahir, otak anda hampir sama besar dengan otak manusia dewasa dan mempunyai sebahagian besar sel untuk keseluruhan hidup anda yang diperlukan otak.Manusia terus menghasilkan neuron baru sepanjang hidup dalam reaksi kepada aktiviti mental.Otak bayi yang baru lahir membesar tiga kali lebih besar dari saiz pada tahun pertamanya.Membaca dengan kuat dan kerap bercakap dengan budak kecil membantu meningkatkan perkembangan otak merekaOtak menggunakan 20% dari keseluruhan oksigen dalam badanStruktur Bahagian Otak Semasa sedar, otak menghasilkan tenaga sebanyak antara 10 dan 23 watt dan mencukupi untuk menghidupkan sebiji mentol lampuOtak boleh hidup sehingga 4 hingga 6 minit tanpa oksigen, kemudian ia akan mula mati. Jika otak tidak mendapat oksigen dalam 5 hingga 10 minit ia akan menyebabkan kecederaan kekal.Kajian terhadap sejuta pelajar di New York menunjukkan pelajar yang makan tengah hari tanpa pewarna tiruan dan bahan pengawet berjaya melakukan ujian IQ 14% lebih baik dari pelajar yang makan tengah hari dengan bahan tambahan tersebut.Anda tidak boleh menggeletek diri sendiri kerana otak anda boleh mengenal pasti samada ianya sentuhan luar ataupun sentuhan sendiriTanpa sebarang perkataan, anda boleh mengetahui samada seseorang itu berada dalam keadaan baik, sedih atau marah dengan hanya melihat memek atau air muka mereka. Kerana satu kawasan kecil didalam otak yang dinamakanamygdala, bertanggungjawab dalam kelebihan seseorang untuk membaca memek atau air muka orang lain sebagai petunjuk apa yang mereka rasa.Otak wanita mengambil masa yang lebih lama untuk mengambil keputusan dan sentiasa berpegang kuat dengan keputusan itu, berlainan dengan lelaki, yang senang untuk mengubah fikiran selepas membuat sesuatu keputusanSetiap kali anda mengingat sesuatu perkara atau mendapat idea baru, otak anda akan menghasilkan rangkaian baru Waktu tidur adalah waktu yang sesuai untuk otak memperkukuhkan segala ingatan yang terjadi semasa kita berjagaKekurangan tidur mungkin mengakibatkan kebolehan otak anda untuk menghasilkan ingatan baruJuara dunia dalam mengingat, Ben Pridmore mengingati 96 detik bersejarah dalam masa hanya 5 minit dan mengingati setiap susun atur daun terup yang telah di ‘shuffled’ dalam masa 26.28 saat.Insulin boleh menyebabkan kitaran paras gula dalam darah stabil, tetapi kajian saintis baru-baru ini menunjukkan insulin juga boleh membantu otak untuk mengingati.Hanya kerana kita tidak mengingati mimpi tidak bermakna kita tidak bermimpi. Setiap orang bermimpi Kajian menunjukkan gelombang otak menjadi lebih aktif apabila bermimpi berbanding semasa dalam keadaan sedar5 minit selepas bermimpi, separuh dari mimpi tersebut akan kita akan lupa. 10 minit selepas mimpi, lebih 90% daripada mimpi tersebut akan dilupakan. Tulis mimpi anda secepat mungkin jika anda mahu mengingatinyaKebanyakan manusia bermimpi 1 hingga 2 jam semalaman dan mengalami 4 hingga 7 mimpi berlainan, dalam anggaran.12% manusia bermimpi dalam keadaan hitam putih manakala selebihnya didalam keadaan berwarnaJika anda berdengkur, ia menunjukkan yang anda tidak bermimpiPengkaji-pengkaji jepun telah berjaya membangunkan satu teknologi yang boleh meletakkan gambaran di atas skrin dan kemudian ia boleh menyaksikan mimpi orang yang sedang bermimpi.Otak memainkan peranan penting semasa kita tidurKajian juga menunjukkan bahawa mempelajari sesuatu yang baru membantu otak untuk berubah dengan lebih cepatKetawa pada bahan lawak adalah bukan kerja yang mudah untuk otak, ia memerlukan aktiviti dalam lima bahagian berbeza dalam otak.Otak juga mempunyai bank tersendiri. Di Universiti Havard, sebuah bank otak ditubuhkan dan menyimpan 7,000 otak manusia untuk tujuan penyelidikanKekurangan graviti di luar angkasa mempengaruhi otak didalam beberapa keadaan yang berbeza. Saintis-saintis masih lagi mengkaji mengapa dan bagaimana ia terjadi.Pembelajaran muzik telah menunjukkan ia mampu meningkatkan organisasi dan kebolehan didalam otak, baik dewasa ataupun kanak-kanakBerdasarkan kajian yang dilakukan oleh Bristol – Myers Squibb, seorang Akauntan mempunyai risiko yang paling tinggi untuk mendapat sakit kepala, diikuti oleh pustakawan, kemudian pemandu bas dan lori.Aristotle (pemikir greek) telah tersalah dengan mengatakan fungsi otak sebenarnya berada di dalam jantung.Perkataan ‘otak’ atau ‘brain’ disebut sebanyak 66 kali dalam pementasan William Shakespeare.Otak Albert Einstein adalah lebih kurang sama dengan manusia lain kecuali di dalam satu kawasan yang bertanggungjawab dalam perkiraan matematik. Didalam kawasan itu, otak beliau 35% lebih luas daripada otak manusia lain. Otak beliau juga sebenarnya lebih ringan daripada otak manusia biasa.


Friday, January 25, 2013

Ceramah Membuat Murid Menangis

Salam, Ada beberapa cara yang boleh membuat pendengar menangis, paling mudah sebab mereka tersentuh atau bercampur perasaan takut. Saya tidaklah pandai macam kawan-kawan yang lain seperti pemunya blog aspirasidiri.blogspot.com. Juga sahabat saya Encik Jamhari Saari yang kini menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Raja Melewar.
Namun ceramah Mengenal Diri malam tadi dengan iringan suara latar, muzik dan juga video kematian paling membuat suasana bertambah bising. Bising kerana ada yang menangis sehingga tangisannya mengganggu pendengar yang lain.

Mengenal Diri Sendiri adalah antara part terpenting dalam hidup ini. Man Arafa Nafsahu Arafa Rabbah.Barangsiapa Mengenal dirinya, maka dia akan kenal SIAPA TUHANNYA.

Tak kenal diri, automatik tak akan kenal Tuhannya. Tuhan ada banyak. Mana satu tuhan dia. Salah satu Tuhan bernama ALLAH. Itulah Tuhan yang Esa, Hidup, Kekal Baqo, Tidak Musnah, Dialah yang menciptakan Alam Semesta nan luas ini. Dialah yang menjadikan kita dan Dialah yang menentukan panjang atau  singkatnya hidup seseorang. Kepada DIALAH kita semua akan kembali. 

Baik samada kita rela atau terpaksa. Hidup ini terpaksa, mati juga terpaksa.Nak tak nak, kita mesti membuat preparation ke arah itu. Siapa pun anda, akhir hidup anda adalah dalam tanah nan sempit, gelap gelita.

Oleh kerana takut, ramai tidak mahu lihat, hanya menunduk dna menutup mata. Saya pula yang meminta mereka melihat, sebab mereka adalah pengawas, mesti kuat. Mereka terpilih untuk menonton filem pendek ini.

Waktunya pula waktu malam.So.. sangat bertepatan. Minggu depan, SK Bandar Sri Putra menjemput saya untuk acara yang sama pada waktu malam. Insya Allah video ini akan menjadi sebahagian tatapan mereka disana nanti.

Berikut adalah beberapa slaid yang diperlihatkan malam tadi.
Dan ini pula videonya

Anda mahu Slot ini?
Hanya RM10.00