Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Friday, January 11, 2013

Allah dan Dadah


Assalamualaikum wr wbt. Beberapa minggu awal persekolahan ini agak sibuk. Terutama nak menyiapkan POSTER PPDa terbaru atas kehendak rakan-rakan kaunselor.Pun ada cadangan lagi agar saya mengeluarkan poster Kerjaya Holland.Untuk makluman rakan-rakan,poster PPDa sudah pun siap satu set 9 keping (buat masa ini) dengan harga yang sangat istimewa.Promosi awal seramai 20 orang telah pun berakhir.Kini memasuki promosi fasa kedua, saya mencari 50 orang lagi.

Baiklah, catatan kali ini cuba menyentuh isu yang diper-isukan hari ini.Saya mulakan dengan sepotong ayat Al-Qur'an bagi membawa pembaca berfikir dengan bijak. Firman Allah SWT, "JIka seandainya kamu bertanya kepada mereka (nonmuslim) siapakah yang menciptakan kamu? Mereka (nonmuslim) pasti akan menjawab ALLAH". 

Boleh atau tidak nonmuslim menggunakan kalimat Allah?

Berdasarkan ayat di atas, Allah Taala sendiri menyatakan, mereka akan menjawab Allah. Bukankah mereka (nonmuslim disini) menggunakan kalimat Allah? Ya.sudah tentu. 

Saya merujuk hal ini kepada Prof.Madya Dr Shukri Yeoh,Alumni IAIN Ar-Raniry yang kini bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah.Kata beliau hal ini timbul disebabkan kejahilan orang-orang Melayu (di Malaysia).

Orang-orang Kristian di Timur Tengah, sudah lama menggunakan kalimat Allah dalam kitab mereka.Manakala dalam satu ceramah khas, seorang murid bertanya kepada gurunya bolehkah seorang bukan Islam menyebut kalimat-kalimat Islam? Jawapan boleh,sebagai contoh katanya, kita tengah makan, sebelah kita orang bukan Islam, sesudah makan 

kita sebut Alhamdulillah, tiba-tiba dia pun sendawa dan menyebut Alhamdulillah, boleh atau tidak? Jawapannya boleh, mudah-mudahan dia masuk ISlam nanti. 

Yang dilarang nonMuslim menyebut kalimah Allah ialah kerana mempermain-main atau mempersenda. Jangankan manusia nonmuslim menyebut kalimat Allah, bahkan pokok-pokok serta haiwan didarat dan dilaut semuanya bertasbih memuji Allah.Ya kan..

Timbul perdebatan sihat dikalangan sahabat saya Alumni Aceh di alam maya, salah seorang berkata, kami sangat khuatir, jika nama Allah disebar luaskan oleh orang Kristian di Malaysia seperti berlaku di Aceh setelah Tsunami, banyak risalah-risalah yang menyebut nama Allah.Sangat-sangat khuatir orang yang tipis imannya akan terliur untuk membuat perubahan agama, dari Islam kepada Kristian.

Secara peribadi, apabila merenung jawapan ini, saya sedikit tersentuh, mungkin ada benarnya jua. Umat Islam yang sudah pun nipis ilmu dan imannya,akan mudah terjerumus ke negeri Kufur.

Namun saya memberi jawapan balas,semua masalah ini hendaklah kembali kepada Al-Quran dan Hadis.Mungkin zaman nabi tidak timbul isu orang-orang NonMuslim menggunakan Kalimat Allah.Dan Nabi tidak mengeluarkan Hadis beliau secara Jelas dalam hal ini.Tetapi rujukan tertinggi umat Islam adalah Al-Quran, telah pun menyebut hal ini secara halus.Ulamak lah yang berautoriti untuk mentarjihkan ayat ini samada boleh atau tidaknya. 

Yang diperdebat sekarang adalah dalam konteks negara Malaysia. KAlau di Indonesia? Wah... mereka (nonmuslim) sudah lama menggunakan kalimat Allah.Pernah penulis tersalah masuk kedai buku Kristian gara-gara terdapat nama Allah diluarnya.Namun apabila duduk beberapa saat dalam kedai itu, baru saya terperasan bahawa itu bukan 

kedai Muslim, kerana ada patung orang kena salib dan satu lagi dalam kedai itu sedang dipasang lagu Yesus. Langsung saya keluar. Kita sedar TUhan kita orang Islam adalah Allah, dan hakikatnya Tuhan mereka pun Allah. Cuma salahnya mereka berabdi kepada Tuhan bukan mengikut cara kita, mereka menggunakan patung sebagai menifestasi. Mereka akui benar,bahawa Tuhan mereka Allah. 

Soal Tuhan kita dan mereka sama-sama akui adalah Allah.Namun soal ubudiah yang berlainan cara. Menurut kita, kita berada di landasan yang betul, kerana mengikuti Nabi terakhir yang namanya Muhammad SAW.Sedangkan mereka mengikuti ajaran yang telah diselewengkan oleh pengikutnya sendiri.Bacalah dan dengarlah dalam perdebatan antara Kristian dan Islam yang berlaku di Indonesia dna telah pun dimuat naik ke youtube.

Makna Nama ALLAH

Kalau kita nak letakkan nama anak, kita pasti memikir dahulu, sebab apa saya letak nama ini.Sekian lama saya hidup, baru juga beberapa tahun lepas saya mengetahui bagaimana nama Allah itu wujud. Perkataan Allah itu terjadi dari dua huruf.Satu Ilah yang maknanya TUhan yang disembah, dan awalnya ada perkataan AL. Al disambung dengan Ilah membawa maksud TUhan itu yang disembah.Kalau ilah sahaja, maknanya Tuhan sahaja, dan memang tuhan itu banyak. Duit, manusia, harta dan segalanya boleh jadi Tuhan.Ada Tuhan namanya Allata, AL Uzza, Al Manat dan lain-lain, tetapi tuhan yang hendak dimaksudkan disini ialah Tuhan yang namanya ALLAH.

Salah seorang Alumni mengutip kata-kata Ulamak Tasauf, katanya, berkata salah seorang Ulamak yang arif dalam dunia Tasauf, Allah ialah bukan TUhan, Allah Adalah nama bagi TUhan. 


Dadah..

Kesempatan ini juga saya ingin dedahkan hasil pertemuan saya dengan Alumni SPADA yang kini bertugas di AADK pusat, kami berbincang soal pemulihan yang tidak jadi-jadi di Malaysia. Saya bertanya, kenapa dulu AADK menetapkan tahanan penagih selama setahun atau dua tahun, tetapi kini mereka berikan waktu yang bebas,terserah kepada penagih mahupun berapa lama. Jawapan beliau adalah, AADK telah membuat kajian, dan mendapati panjangnya masa mereka duduk dalam tahanan tidaklah menjamin mereka bebas dari penagihan. Ramai sudah bukti bahawa sistem yang ada GAGAL mendidik manusia kembali kepada fitrahnya.

Kami berbincang ingin membawa modul 7 Langkah Kepulihan ke dalam AADK.Modul yang diguna sekarang adalah dari barat.Acuannya barat 90%.Kerajaan telah menghabiskan berjuta-juta wang ringgit setahun untuk membantu penagih, namun hasilnya? Nihil nihil...