Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Maju Setapak

Dalam usaha membantu rakan-rakan yang jauh dari lokasi kedai-kedai buku, saya menyediakan ruang untuk anda membeli buku-buku kesukaaan anda dari pelbagai Syarikat Penerbitan, semuanya secara online, pesanan, bayaran kemudian dihantar ke alamat anda.

Sila daftar dahulu sebagai pengguna tanpa apa-apa bayaran sebelum membuat pembelian.
Klik pada Gambar

Wednesday, February 06, 2013

Kedai Buku Online dengan Ribuan Buku Dalam Satu Kedai



Salam Sejahtera dan Assalamualaikum buat kaum muslimin.. Alhamdulillah... Dunia semakin Canggih, anda yang minat membaca pastinya merasa senang mendengar berita ini.

Anda punya hobi membaca dan memang berkemampuan untuk membeli majalah kesukaan anda sekali sebulan, namun sayangnya kedai itu berada jauh.

Nah, hari ini, dengan teknologi yang canggih, dengan cara paling mudah anda dapat mencari dan membeli buku-buku kesukaan anda di sini, 
terdapat 2000 produk, buku2, CD, dan lain-lain. Sila layari stormreaders.net/afraima.uhb atau klik sini

Noorhisham Hamzah
GSBM
Monday, February 04, 2013

Kepimpinan Melalui Teladan

Apa yang dikatakan Kepimpinan Melalui Teladan?

Anda tahu tak dalam dunia ini negara mana paling bersih kotanya? Cuba google kat internet, pasti anda jumpa. apa sebab kota itu bersih.Dato Bandarnya, apabila ternampak sampah, dia akan memberhentikan kenderaannya, lalu mengambil sampah itu dan mencari tong sampah atau membawanya pulang ke rumah. Perangainya menjadi ikutan orang. Orang lain rasa malu nak buang sampah apabila Dato bandar bertindak sedemikian. 

Kepimpinan Allah Taala

Allah Taala memang mewajibkan solat Fardu.Namanya pun Fardu.Tetapi tidaklah menjadi asbab orang yang solat fardu itu untuk disayangi Tuhan. dalam sebuah hadis Qudsi Allah Taala berfirman,

"Tidaklah menjadikan seseorang itu lebih dekat denganKu dengan amalan-amalan yang Aku fardukan ke atasnya, melainkan dia mengerjakan amalan-amalan sunat, sehingga Aku menjadi sayang padanya. dan apabila Aku sayang padanya, aku menjadi matanya yang mana ia melihat, telinganya yang mana ia mendengar dan kakinya yang mana ia berjalan."

Lihat tu, amalan wajib tetap wajib, Allah Taala perbesarkan khasiat amalan sunat sehingga mendapat predikat hamba yang disayangi.Namun tidaklah seseorang meninggalkan amalan fardu.(Kerja Wajib)

Sebagai bos, kita boleh memberi motivasi kepada orang bawahan kita dengan memperbesarkan amalan-amalannya di tempat kerja yang bukan dibawah bidang kerjanya yang wajib.Jika dia telah banyak berkorban wang ringgit masa dan tenaga untuk tempat dia bekerja, hargai dia!! Dia telah membayar sesuatu dengan wangnya sendiri, padahal itu bukan kerja dia, padahal syarikat kita ada dana sendiri.Tetapi dia bermurah hati mendermakan wangnya.

Jangan perbesarkan kesalahan kecil yang ada.Memang manusia tidak ada yang sempurna dalam dunia ini. Bagaimana hebat penulisan seseorang, masih ada salahnya, tidak boleh menyalahi Al-Qur'an yang sedikit pun tidak mempunyai kesalahan.Dr. Haron Din menyiapkan Tesis Phdnya dalam Bahasa Arab, pun masih ada salah dan silapnya.

Inikan pula orang bawahan kita yang baru saja tamat Degree.Tiada pengalaman bekerja. 

Tips Untuk BOs Menjadi Baik

Ingatlah.. orang yang suka menyakiti hati orang lain, akan disiksa dalam kubur nanti. Sikit-sikit bercakap sindir orang itu, sikit-sikit sindir orang ini, lantaran kita punya kuasa.Begitu ke? Cubalah cari cara lain,asalkan kita selamat di akhirat dan hati dia tidaklah terusik. Hebat bukan, bila kita boleh menegur dengan jalan yang paling berhemah. tanpa melukai perasaan orang lain.

Bagaimana Menyentuh Hati?

Kalau orang bawahan ingin rasa dihargai, kemudian dikasihi, begitulah jiwa seorang bos. Bos hakikatnya tidak boleh bekerja tanpa bantuan orang bawahannya. Betul kan. Bos tak sepatutnya melukakan perasaan orang bawahannya, carilah kelebihan orang bawahannya, bantulah kelemahannya, bukan yang salah sedikit itu di highlight, yang jasanya besar tidak pernah pula di sebut dalam mana-mana mesyuarat sebagai tanda penghargaan.

Wahai ketua-ketua jabatan, jangan sombong, anggap diri anda kurang sempurna, kecuali bantuan orang bawahan anda.Bekerjalah dengan hati yang senang.Apa nak dikejar dalam dunia yang sementara ini? Jangan anggap anda lama, anda layak menjadi bos, apatah lagi merasa tidak pernah buat salah.

Penulisan ini adalah sebahagian dari isi penulisan saya yang akan dibukukan nanti.